Wednesday, September 17, 2014

Wajarkah M/Sabu Dikaitkan Dg Strategi Keluar Dewan Semasa Presiden Berucap?




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan risiko ucapan perasmiannya di muktamar esok diboikot. Gambar fail The Malaysian Insider. Dikatakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan risiko ucapan perasmiannya di muktamar esok diboikot. Gambar fail The Malaysian Insider. MEMANG tidak wajar.

Dikatakan tindakan sekumpulan perwakilan Pemuda PAS memboikot ucapan perasmian Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bakal membuka jalan tindakan sama dilakukan dkepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok, kata pengguna media sosial.

Manakala itu, laman Facebook El-Haraki mencabar mereka yang tidak menyokong ulama dan presiden PAS agar keluar semasa ucapan dasar Hadi dalam Muktamar penuh PAS ke 60 pagi esok.

"Mendapat khabar berita, Mat Sabu and the geng sedang mengatur strategi pula untuk keluar dewan apabila Tuan Guru Presiden berucap di Muktamar penuh nanti. Keluarlah, tiada siapa yang bimbang dan takut," tulis laman Facebook anti kumpulan profesional PAS itu.

Semalam media melaporkan minoriti 50 daripada 700 perwakilan Pemuda PAS bertindak meninggalkan dewan muktamar sebaik saja Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu itu memulakan ucapan perasmian muktamar itu.

Bagaimanapun Mohamad dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menafikan perkara itu berlaku. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat turut menepis laporan media tentang perkara itu.

Menurut laporan media semalam, perwakilan Pemuda PAS dari Terengganu yang memakai vest bertulis "Kami menyokong presiden dan Majlis Syura Ulama" keluar meninggalkan dewan muktamar dengan diikuti perwakilan dari beberapa negeri lain termasuk Pahang, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Mohamad yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, Johor berkata, waktu itu adalah waktu solat Asar dan tidak timbul isu penyokong presiden PAS meninggalkan muktamar.

"Saya tidak nampak... memang waktu itu mereka keluar pergi sembahyang. Biasalah keluar masuk. Itu masuk waktu Asar," katanya kepada pemberita selepas selesai muktamar berkenaan semalam.

Tentang pakaian yang dipakai oleh mereka yang meninggalkan dewan itu, Mohamad berkata:

"Pakaian itu biasa, kita tidak tentukan pakaian, ada yang pakai baju Unit Amal, bersama Pakatan.”
Tindakan 50 perwakilan itu diserang pengguna laman sosial dengan menyifatkan mereka tidak beradab dan mencatat sejarah tersendiri apabila ia berlaku dalam muktamar Pemuda PAS semalam.

Terapi ada juga yang menyokong tindakan itu dan menyifatkannya sebagai wajar ekoran tindakan Mohamad yang kononnya tidak menyokong tindakan A/Hadi dan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini. Ekoran krisis di Selangor, kepimpinan utama PAS dilihat berbeza pendapat dengan A/Hadi dan Majlis Syura Ulama berada di satu pihak manakala sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat di pihak lain.

Namun perbedaan pendapat  bukan menjadi alasan untuk tidak taat kepada kepimpinan parti seperti yang digembar-gemburkan oleh musuh-musuh Pakatan. (IH)

5 comments:

bat8 said...

Tuan

Hati kita menjadi sebak melihat kelaku mereka yang kita anggap mempunyai nilai dan roh Islàm yang lebih baik dari kita. Mereka yang mendapat asuhan langsung dari mereka2 yang kita anggap sebagai ulamak.

Yang kita nampak takde bezanya antara ulamak dan anak asuhan mereka di dalam PAS. Ibarat cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Tindakan2 mereka ini jika sekadar memberi kesan persepsi negatif kepada kumpulan mereka sahaja, tidak mengapa. Tetapi realitinya, ISLAM juga menerima kesan terburuk sekali dari tindakan mereka.

Yang paling menyedihkan, kumpulan mereka adalah kumpulan minoriti didalam PAS.

Dimana golongan majoriti yang masih berpegang dengan Islam yang syumul itu. Apakah mereka semua pengecut? Jika mereka takut PAS berpecah, sekurang2nya bertindaklah mempertahankan maruah ISLAM!

Anonymous said...

Bukan kumpulan minoriti tetapi kumpulan yang sangat minoriti.

Di dalam AJK Pusat pun jadi ramai bukan sebab dipilih tapi sebab dilantik. Siapa lagi nak lantik UG melainkan orang tu UG juga.

Anonymous said...

maaf gUA TAK pandai..nk tanya sikit maksudnya kalu tak setuju dgn majlis syura tu kira lawan Allah ka..

Anonymous said...

heran kta melihat kelakuan org pas ni, sunguh memalukn, mcm org jahil, memusuhi sesame sendiri, ckp sombong ego, ini org yg nk diharapkn jd pemimpin, jauhilh,,,,

Anonymous said...

hebat anwar ibrshim ni, apa saja ruang yg dimasukinya mnjadikan udara beracun memabukkan orang kakinya yg tidak kuat brpijak. orang luar dan ahli sendiri mrnyalahkan tgha tetapi lupa siapa pencrtusnya, lupa pencipta langkah kajang, lupa cita2 anwar kemarukkan jawatan mb, tak menyoal apa sebenarnya sebab tski tak disukai. hebat anwar kerana telah brjaya merosakkan pas dan pr semata2 ketamakan peribadinya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails