Wednesday, September 17, 2014

Tiada Bukti Salah, Kekalkan MB S'ngor Sedia Ada -Ketua DUP

Ketua Dewan PAS Ulama Datuk Ahmad Yaakub masih mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, mengatakan beliau tidak bersalah atas tuduhan yang dilemparkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 September, 2014.  
Ketua Dewan PAS Ulama Datuk Ahmad Yaakub masih mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim .


KULAIJAYA: Berasaskan hukum Islam, tiada bukti kesalahan maka perlu dikekalkan MB Selangor yang sedia ada. Begitulah kesimpulan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

"Sebagai sebuah parti Islam, segala keputusan politik sama ada dalam gerakan  Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam," tegas beliau.

Justeru, katanya mengambil pelajaran dari isu perjawatan Menteri Besar di Selangor, Dewan Ulamak PAS ingin menarik perhatian kepada pertimbangan politik yang berasaskan hukum seperti di bawah.

Dewan Ulamak PAS, jelasnya tidak mempersetujui perletakan jawatan Adun Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu piliha raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan.

Tambahnya, Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Dewan Ulamak PAS, kata beliau membincangkan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-ammah dan soal kemampuannya untuk memerintah.

"Sebarang persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, pagi ini.

Dalam persoalan ini, tegasnya Dewan Ulamak PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam  dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin PAS. (IH)

Lihat kisah MB S'gor dari awal..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails