Thursday, July 21, 2011

Konsert MTV World Stage: PAS Kesal MB S'ngor


HALAMAN HIBURAN

KL 21 Julai11:
Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.

“Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah,” ujar ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi kepada Harakahdaily.

Tambahnya, terdahulu pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Menurutnya, pemorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Malangnya, kata beliau memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal. Katanya lagi, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Cawangan Selangor turut membantah apabila mereka juga menerima bantahan dan rungutan dari penduduk sekitar.

Beliau menambah, konsert MTV yang turut menampilkan kumpulan 30 Second To Mars yang merupakan pemenang Kumpulan Rock di MTV Europe Music Award 2010 dan kumpulan rock tempatan tidak selayaknya berlangsung secara terbuka pula tiada jaminan kawalan dari pihak penganjur untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Baginya, selayaknya konsert seperti itu dibuat di tempat yang tertutup dan tidak membenarkan anak-anak muda muslim hanyut di dalamnya.

Jelasnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak membantah hiburan, tetapi membantah elemen yang tidak sihat di dalam hiburan tersebut.

Justeru, ujarnya hiburan yang mahu dianjurkan mestilah hiburan yang tidak melekakan dan melalaikan generasi muda dan mendorong pula mereka ke kancah maksiat dan mungkar dengan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan, sementara negara sedang kritikal berdepan dengan penyakit sosial yang kian tenat dan parah dalam negara kita hari ini khasnya negeri Selangor.

Menurutnya lagi, menjelang Ramadhan, selayaknya kerajaan negeri Selangor memperbanyakkan aktiviti yang mampu mendidik minda dan syakhsiah anak muda ke arah membentuk peradaban atau tamadun yang hebat, sementelah pula I-City adalah pusat ilmu bukan pusat hiburan.

“Berpada-padalah dengan hiburan. Saya setuju manusia perlu berhibur dan hiburan perlu bagi menyerikan hidup, namun hiburan yang keterlaluan hanya akan merosakkan minda dan peribadi manusia lantaran manusia mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih penting untuk masa depan hidup mereka selain hiburan,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru agar umat Islam khasnya anak-anak muda muslim agar tidak menghadirkan diri ke konsert tersebut sebaliknya fokus kepada persiapan diri menghadapi Ramadhan Al-Mubarak dengan aktiviti penyucian jiwa dan minda serta mendalami ilmu agar ibadah puasa di bulan Ramadhan kelak akan dilangsungkan dengan faham dan penuh penghayatan.

“Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia khasnya melibatkan anggota pemuda PAS Negeri Selangor dan Wilayah akan turun beramai-ramai untuk mengedar risalah dan berdakwah mengajak anak-anak muda mendekati Allah SWT dalam masa yang sama, menjauhkan diri daripada maksiat dan mungkar,” katanya.

Tambahnya, sementara untuk hiburan, insya Allah apabila tiba masa yang sesuai, akan ada penganjuran hiburan yang baik, terkawal, tidak melalaikan dan pada masa yang sama akan mendidik jiwa ke arah kebaikan.

Sebelum ini pun, katanya telah banyak kali Pemuda PAS menganjurkannya dan kita juga menyokong mana-mana penganjuran majlis hiburan yang tidak menjejaskan peribadi atau akhlak anak mudA.

Komen seorang blogger: Pentingnya memilih pemimpin, pemimpin yang menjamu rakyat dengan apa yang difikirkan enak dan baik. Pentingnya memilih pemimpin, pemimpin jua yang memelihara iman dan kesejahteraan hati rakyatnya. Apabila gagal, budaya hendonisme berleluasa...yang jijik kelihatan seperti mutiara. (http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=3721270538691005963)

Lihat sebelum ini...

2 comments:

Anonymous said...

Kan PAS telah diperbodohkan, baru ini di Kedah apa yg MB Kedah buat patut dapat sokongan semua pemimpin pro DAP/PKR sebagai langkah untuk memulakan langkah pertama negeri Kedah (yg majoriti kuasa PAS) sebagai negeri islamik kalau dah 21 tahun Kelantan tak boleh nak buat, sekarang Selangor pula, pandangan PAS tidak diambil kira oleh DAP/PKR yg menguasai Selangor.

Persoalan sekarang mengapa perkara sebegini boleh berlaku? Nama PAKATAN tetapi TIDAK SEPAKAT dan bertoalk ansur, nampak sangat PAS dah tidak mempunyai suara yang tinggi lagi bahkan mudah diperkotak katikkan oleh mereka ini. Saya yakin Datuk Harun Din dan ulama lain (bukan pro DAP/PKR) tidak suka dan terluka hati dengan situasi sebegini, kita lihat sahaja masa demo BERSIH atau apa sahaja yg membabitkan PKR/DAP, PAS jugalah yg keluar dengan bala tentera sebagai "hamba" dan "dipermainkan" sebegini rupa.

Kalau dahulu PAS dihormati sebagai satu PAS yg boleh memimpin dan menggantikan UMNO demi bangsa melayu dan islam tapi nampaknya kini PAS jatuh merudum ke bawah dan tidak diyakini rakyat islam dan melayu kerana suara PAS kini tidak boleh diterima pakai dan mudah berpatah balik demi DAP/PKR yg kita sedia maklum tidak begitu ikhlas dan cuma menggunakan PAS sebagai satu simbol untuk penguasaan serta kuasa mutlak mereka. Masyallah...

Ahmad Irfan said...

Melalui Pakatan lebih baik dari BN/UMNO yang langsung tiada niat haramkan hiburan maksiat, walaupun sudah berkuasa sudah setengah abad.

Sekarang pun negeri BN tidak berniat begitu. Anon di atas bersikap dayus terhadap maksiat hiburan,judi, arak, kepimpinan Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails