Saturday, July 23, 2011

Rabbani: Konsert Ana For Gaza, Percuma!

Rabbani menganjurkan Konsert Ana For Gaza diadakan secara percuma di Stadium Kajang pada 30 Julai ini, pukul 8.30 malam. - Foto YAP CHEE HONG

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA 23 Jul 11: Konsert anjuran Rabbani Productions Sdn Bhd dan Ana Edar Sdn Bhd akan diadakan secara percuma di Stadium Kajang pada 30 Julai ini, pukul 8.30 malam. Biarpun diadakan secara percuma, sepanjang persembahan ini berlangsung, tabung-tabung bagi mengutip dana bantuan ke Gaza akan diedarkan di kalangan penonton yang hadir pada malam itu.

“Saya yakin dengan adanya persembahan percuma, penyertaan konsert ini akan lebih mendapat sambutan daripada penonton kerana dalam satu konsert amal yang diadakan sebelum ini pernah dihadiri lebih 15,000 penonton dan mengumpul RM40,000,” tutur Azadan Abd Aziz, salah seorang anggota Rabbani.

Selain nyanyian, konsert yang berlangsung selama dua jam itu akan mempersembahkan sketsa, deklamasi puisi dan sajak serta penceritaan pengalaman dan perasaan para sukarelawan misi bantuan keamanan ke Gaza yang diserang rejim Zionis baru-baru ini.

Turut diadakan adalah Karnival Ana For Gaza pada 29, 30 dan 31 Julai mulai pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah malam di tempat yang sama. Pelbagai acara yang diadakan oleh penganjur seperti gerai jualan, forum perdana, pertandingan nasyid piala Rabbani, pertandingan mewarna, pertandingan azan, pidato, paint ball, spell it right dan pertandingan menembak.

Menurut artis atau penasyid itu lagi,

“Kami memilih kelompok artis yang sama seperti artis nasyid untuk melakukan persembahan secara bersama kerana lebih mudah untuk menjayakan sesuatu konsert itu.

“Lagipun, kebiasaannya dalam perbincangan pemilihan artis, kami akan utamakan permintaan pihak penaja dan mengikut cadangan mereka,” katanya semasa sidang media Konsert Ana For Gaza dan berbuka puasa bersama Rabbani di Hotel Singgahsana, di sini.

Jelas Azadan lagi, mereka terbuka untuk menerima sesiapa sahaja tidak mengira artis lama atau artis baru asalkan mampu menarik ramai penonton ke sesebuah konsert. Seperti sebelum ini, Rabbani sekali lagi bergandingan dengan barisan artis yang sama iaitu penyanyi Aishah, kumpulan Saujana, kumpulan Nowseeheart, penceramah Datuk Siti Norbahyah Mahmud dan Datuk Dr Ibrahim Ghaffar.

“Kalau boleh kami mahu menghimpunkan ramai artis dan mengajak kelompok artis pop, rock dan nasyid.

“Tetapi untuk konsert kali ini kita gabungkan artis nasyid untuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa Gaza,” ujar Azadan lagi.

Sempena dengan pengumuman Rabbani sebagai Duta produk Ana Edar Sdn Bhd, turut diadakan majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu susu kambing segera Power Goat. Selain Rabbani, artis jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis adalah Raihan, Inteam, Saujana dan Nowseeheart.

Dalam pada itu, Rabbani turut mengajak orang ramai untuk berbuka puasa di Dewan Putri, Hotel Singgahsana sepanjang bulan Ramadan ini. Harga seorang adalah RM65 untuk dewasa, 30 peratus diskaun untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun dan warga emas. Bagi setiap lima orang pengunjung bakal mendapat satu baucar berbuka puasa percuma.

Diskaun 50 peratus turut diberikan kepada pengunjung yang hadir pada 1,2 dan 3 Ramadan. Untuk tempahan, hubungi 03-79562100. (IH)

2 comments:

leekonu said...

Friday, July 22, 2011
HEHE...PAS NAK JADI ISLAM SEMULA !
pemuda pas bantah konsert MTV di i city
hehe
kalid gereja samad juga membantah konsert MTV di i city
hehe

dua aksi spontan di atas sebenarnya dilakukan dalam situasi yang tidak spontan.

selama ini merekalah pendokong kemajmukan pengliberalisasi tonasi melacori maruah islam dan melayu.sebut nama kalid gereja samad satu malaya dan tahu akan tahi palat yang telah dia lakukan selepas pru 2008.

sepanjang 3 tahun ini merekalah pailang merosakkan maruah islam dan melayu. selama ini merekalah jagoan yang kow tow terhadap titah perintah dap laknatullah.

pilihanraya nak dekat. maka arakiannya wajiblah untuk mereka 'melakonkan semula' watak-watak islamik persis ceritera nur qaseh atau pun filementasi kesinambungan siri ayat-ayat cinta.

hehe.
tiba-tiba kalid gereja nak jadi jagoh islam.

hehe
tiba-tiba tantawi nak jadi jagoh islam.

hehe
tiba tiba pas nak jadi jagoh islam

siap mengadu dalam media bahawasanya mereka akan bangkit menentang kemungkaran konsert MTV yang berlangsung beberapa hari sebelum ramadhan.

hehe
konsert ini mencemar kesucian ramadhan.

lelucon sungguh melihatkan gaya partai pas mempermain dan menyundalkan nama islam demi politik mereka. pas yang melacorkan maruah islam tiba-tiba mahu jadi jagoan islam.

rakyat malaysia dah makin masak dengan taktik pas ni.
Posted by GAP KEMBALI at 10:05 PM

Anonymous said...

Tuan blog,
tulisan orang gila di atas ini patut di buang saja, jangan dimasukkaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails