Tuesday, July 19, 2011

'Kami Miskin & Daif'.. 30 Tahun Setinggan Sarawak



Miri 19 Jul 11: “Kami berharap kerajaan dapat memberikan bantuan dan lebih prihatin dengan keadaan kami di sini yang begitu miskin dan daif,” kata Paya Jau, 77, dari Long Anyat, Baram, Sarawak.

Menurutnya yang sudah lebih 30 tahun menetap di kawasan setinggan di situ, setakat ini sudah dua kali PAS memberikan bantuan makanan kepada penduduk setinggan di situ.

Begitu juga Asong Dungau, 76, dari Long Moh, (Gambar Asong Dungau menjinjing bungkusan yang mengandungi mee hon, minyak masak dan gula) Baram ketika ditemui berkata, bantuan itu amat bernilai bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti mereka.

“Saya pernah meminta bantuan E-Kasih namun tidak berhasil. Saya juga tidak mendapat bantuan beras untuk golongan miskin tegar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini, walaupun saya patut menerima,” katanya sambil menjinjing tiga buah beg mengandungi mee hon, minyak masak dan gula.

Mereka berasa terharu dengan pemberian tersebut dan tidak menyangka akan diberi mee hon, minyak masak dan gula, memandangkan sebelum ini tidak pernah mendapat bantuan yang sebegitu. Mereka adalah di antara seramai 134 penerima didaftarkan untuk menerima bantuan, yang kebanyakannya adalah golongan warga emas dan suri rumah.

Dengan pemberian hanya dua bungkus mee hon, sepaket minyak masak dan sekampit gula, penduduk miskin dan berpendapatan rendah di kawasan setinggan di sepanjang Sungai Adong, Pujut 3 begitu gembira menyambut kunjungan pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke kawasan mereka.

Kunjungan itu diketuai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Hadir sama Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee dan ahli jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri, Madelline Len. Selaras dengan konsep negara berkebajikan, mereka tidak datang dengan tangan kosong tetapi membawa sedikit makanan untuk membantu keluarga di sini.

Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh Abdul Hadi (gambar di atas) dan ada antara mereka berebut-rebut mendapatkan sunbangan itu dengan wajah gembira. Abdul Hadi dalam sessi kunjungan ke Miri untuk bertemu pemimpin PAS di sana di samping memberikan ucapan di sana.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bandingkan dengan kemewahan isteri PM kita dikatakan memiliki hiasan di jari sahaja berjumlah RM73 juta. Belum yang lain-lain lagi.. Astaghfirullahil azim! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails