Wednesday, July 20, 2011

Seludup Manusia, Siapa Datuk Yang Anaknya Ditahan?


ANGGOTA APMM menyelamatkan 46 PATI apabila bot mereka hampir karam di perairan Kota Tinggi malam kelmarin.

KOTA TINGGI 20 Jul 11: Ramai yang tertanya-tanya, siapa nama Datuk yang anaknya ditahan kerana menyeludup manusia? Adakah ada kena mengena dengan pengundi hantu untuk PRU 13 akan datang? Tiga lelaki termasuk seorang anak Datuk ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia menerusi perairan Kota Tinggi baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, ketiga-tiga suspek ditahan ketika berkonvoi dengan empat buah kereta membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sungai Rengit kira-kira pukul 8 malam Ahad lalu.

Katanya, suspek anak Datuk berusia 21 tahun itu menggunakan kereta Perodua Myvi miliknya yang mempunyai pelekat orang kenamaan untuk membawa PATI ke lokasi berkenaan. Menurutnya, suspek itu adalah seorang pelajar universiti tempatan dan menggunakan kesempatan masa cuti semester untuk menyeludup PATI.

"Kami menerima maklumat mengenai aktiviti kumpulan ini sejak beberapa bulan lalu dengan membabitkan lima suspek.

"Bagaimanapun, ketika serbuan, dua daripada mereka berjaya meloloskan diri. Kami berjaya menahan tiga suspek bersama 15 PATI warga Indonesia termasuk dua wanita," katanya kepada pemberita semalam. (IH)

2 comments:

Ah Tie said...

patutlee semua orang2 besor negaraku ini suka sangat pasang macam2 pelekat dan tanda kat kereta mereka.
Ada tanda VVIP,Jemaah Dato2,JP.EXCO,Ahli Majlis dan perbagai termasuk pelekat Persatuan menembak, persatuan Bekas2 Polis leeee.....OOOOh ini keje deme ye cuba nak tipu pegawai penguatkuasa leee tuuuuu.
Untuk cik2 Polis dan pegawai Penguatkuasa lain spt JPJ..jgnlah biar mereka ini menipu kome...periksa habis2an kereta2 yg berpelekat sebegini....mungkin itu helah mereka utk melepaskan diri dr sekatan jalanraya atau menagabui fikiran koem semua......cerdek juga deme yeeeee menipu pegawai2 hahahah

otaklunyai said...

sebab tu bila setiap kali cerita pasal pendatang ini dipaparkan melaui rancangan2 tv aku meluat... para penguasa dok tangkap tapi ada barua lain yg bawa masuk... perkara ni tak kan berhenti sebab pulangannya besar... Punca masalah pendatang ini adalah barua2 yg bawa masuk ni... mereka inilah pengkhianat negara...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails