Saturday, May 28, 2011

MTV World Stage Live Tetap Teruskan -Angeline Chandran

HALAMAN HIBURAN

Shah Alam 28 Mei 11: Penganjur konsert MTV World Stage Live yang akan membariskan kumpulan 30 Seconds to Mars akan meneruskan penganjuran konsert tersebut pada 24 Julai.

Hal ini akan tetap akan diteruskan walaupun menerima bantahan daripada penduduk tempatan. Jurucakap pihak MTV, Angeline Chandran berkata aduan tersebut bukan ditujukan kepada konsert tersebut tetapi kepada lokasi konsert berkenan – I-City Shah Alam.

Angeline berkata, MTV tidak berniat untuk membuat sebarang perubahan dalam penganjuran konsert tersebut.memandangkan pihak I-City telah bersetuju untuk meneruskan konsert tersebut.

“Isunya di sini ialah I-City, bukan isu MTV. Jadi kami akan biarkan pihak I-City yang menjelaskannya,” kata Angeline.

Angeline berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung bantahan daripada penduduk Seksyen 7, Shah Alam yang "menghujani" pejabatnya berhubung lokasi konsert tersebut.

YB Khalid Samad

Penduduk berkenaan mendakwa, I-City terletak terlalu hampir dengan kediaman mereka dan akan menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas. Khalid juga menegaskan menegaskan bahawa pusat teknologi I-City tidak sesuai dijadikan tempat untuk penganjuran konsert berbentuk hiburan.

Apa pun, konsert berkenaan masih belum mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Salah seorang ahli majlis, Izham Hashim memberitahu Malaysiakini bahawa kelulusan bagi konsert berkenaan masih dalam pertimbangan MBSA. Katanya, perkara itu diberitahu oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Mohd Atan dalam satu mesyuarat bersama ahli majlis berkenaan pada pagi ini.

“Pihak I-City sendiri perlu sedia maklum bahawa perkara yang melibatkan perlesenan perlu dibawa kepada jawatankuasa perlesenan (MBSA).

"Kita ada jawatankuasa perlesenan yang akan membincangkan perkara tersebut” kata Izham, yang juga salah seorang jawatankuasa berkenaan ketika dihubungi.

Tambahnya, jawatankuasa itu akan mengadakan satu lagi mesyuarat, selewat-lewat pada 8 Jun bagi menimbang kelulusan konsert berkenaan. Izham juga berkata, penganjur berkenaan perlu memenuhi syarat untuk memastikan tiada unsur perjudian dan pergaulan bebas berlaku dalam konsert berkenaan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails