Tuesday, May 24, 2011

Tanding N/Presiden, Syabas Husam, Pemimpin Banyak Idea!



KL, 24 Mei 11: Syabas, Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa yang mengumumkan akan kembali bertanding jawatan naib presiden parti pada pemilihan bulan depan.

Walaupun beliau pernah bertanding tiga penjuru merebut Jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan sebelum ini, dan mendapat mendapat undi kedua terbanyak melebihi Mohamad Sabu yang juga sama-sama merebut jawatan tersebut waktu itu.

Demikian kata salah seorang blogger antara puluhan blogger yang menghubungi weblog Ibnu Hasyim sebentar tadi, setelah mendapat tahu pengumuman Husam tersebut.

"Bukan itu saja, bahkan dikatakan kawasan beliau terlibat dalam mencalonkan saudara Mohamad Sabu menjadi calon Timbalan Presiden kali ini... Alhamdulillah. Kita mahu pemimpin yang banyak idea seperti beliau mentadbir parti." Sambung blogger tersebut. "Sayantg kalau beliau tidak ada dalam jawatan tinggi seperti itu..."

Bulan lepas beliau membuat pendirian bahawa tidak akan bertanding mana-mana jawatan tertinggi kecuali kerusi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. Husam (gambar) pernah memegang jawatan naib presiden selama satu penggal iaitu daripada 2007 hingga 2009.

Pada 2009, beliau bertanding jawatan timbalan presiden seperti yang disebutkan tetapi gagal. Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu berkata, beliau membuat keputusan untuk menimbang semula pendirian selepas salah seorang penyandang jawatan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menyertai persaingan kerusi timbalan presiden.

“Pada mulanya saya hanya bercadang bertanding jawatan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, namun dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap (pendirian) mutakhirnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan lebih tinggi, maka saya terpaksa menimbang semula pendirian saya.

“Oleh itu, di atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri dengan ini mengumumkan untuk menerima pencalonan jawatan naib presiden pada pemilihan kepimpinan parti awal bulan depan,” kata Husam dalam satu kenyataan petang ini.

Pagi tadi, Tuan Ibrahim secara rasmi mengumumkan mahu bertanding jawatan timbalan presiden walaupun sebelum ini menegaskan tidak berminat turun gelanggang kerusi nombor dua parti itu. Selain Tuan Ibrahim, penyandang jawatan itu Nasharudin Mat Isa dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu telah mengesahkan pendirian masing-masing. Husam juga berkata, keputusan itu dibuat ekoran mendapat pencalonan memberangsang bagi jawatan nombor tiga itu.

“Saya berpandukan pandangan PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, terutamanya di atas pandangan perlunya seorang wakil dari Kelantan untuk menduduki peringkat jawatan yang lebih tinggi dalam parti.

“Hal ini bertepatan dengan kedudukan Kelantan sebagai tapak utama PAS pada waktu ini dan juga secara keseluruhannya,” katanya.

Jelas Husam, gabungan antara golongan ulama dan profesional dalam PAS akan dapat diperkukuhkan dengan pendirian terbaru beliau itu.

“Saya percaya polisi PAS untuk menjalin gabungan kepimpinan ulama dan profesional melalui konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional, yang telah terjalin selama ini, perlu terus diperkukuhkan.

“Dalam hal ini, kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, diharap dapat diperkukuhkan dengan gabungan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, penyandang jawatan itu Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad mengesahkan mahu bertanding jawatan itu. Seramai 14 orang layak untuk bertanding kerusi naib presiden. Bagaimanapun dua ahli jawatankuasa kerja Dr Mujahid Yusof Rawa dan Mazlan Aliman memutuskan untuk menarik diri.

"Menurut laporan, beberapa penyokong Tuan Ibrahim Tuan Man (calon Timbalan Presiden) bergembira dan menyokong keputusan yang dibuat oleh Husam... Satu gabungan aktivis ulama dan profesional yang mantap!" Kata blogger itu lagi. (IH)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails