Tuesday, May 24, 2011

Awas DNA Babi Dalam Tepung Jenama Ini...

PENGGUNA
Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
Bil Produk
Syarikat
1. CARAMEL CREAM CHEESE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
15/02/2013 SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
2. FROZEN CHICKEN RENDANG DRUMSTICK
BRAND: SECRET RECIPE / GREEN MASTER
-GREEN MASTER GLOBAL FINE FOOD SDN BHD
15/04/2013 GREEN MASTER GLOBAL FINE FOOD SDN BHD
3. HIGH FIBRE CREAM CHEESE
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
15/02/2013 SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
4. ICED BLENDED WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
15/02/2013 SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
5. ICED WHITE CARAMEL MOCHA
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
15/02/2013 SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD
6. SECRET RECIPE THOUSAND ISLAND DRESSING
BRAND: SECRET RECIPE
-UNILEVER FOODS (MALAYSIA) SDN. BHD.
14/11/2011
sumber: http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan seperti senarai di atas.

"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.

"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion. (IH)

Gambar di bawah ini bukan kedai kek halal, tetapi spot TOTO judi 'halal' dari sudut pemerintah BN.. maaf, gurau-gurau sikit!

8 comments:

Anonymous said...

jap2..konfius...cane encik tau ingredients secret recipe..sedangkan ianya secret??

Anonymous said...

wtf?
DNA dlm tepung n kopi?
buat tepung pakai babi?
buat kopi pakai babi?
bkn ke mahal itu kos.
tepung pakai gandum ka kopi plak dr bijik kopi a.
analysis DNA bkn 100% btol a lgpon. tp cm klaka a plak nk letak daging babi dlm tepung n kopi. hoho.
sy tidak percaya. kena bukti yg lagi kukuh.
konfem dorg gune cm dipstick yg tuka2 kaler tuh. takkn a JAKIM de machine PCR plak. tak pernah plak dengar citer de biologist ke geneticist keje ngn JAKIM. haha.

Ibnu Hasyim said...

Terika kasih komen tuan-tuan.

Anonymous said...

mcm bodoh jer..
benda dh x leh nk mkn .dna la analysis la...dipstick la aishh
x fhm aku kdg2..kate islam...mkn tu jg a gak...pa2 perli2 jakim...ape2 tah..mcm bangang perangai..

Anonymous said...

ni pendapat sy la...setiap yg Allah haramkan tu semuanya sedap..kalau tanye org cina,diorg ckp babi lg sedap n murah dr ayam n daging..so zaman skrg ni babi dijadikan bahan penyedap makanan ataupun perisa tambahan yg murah..sebagai umat islam wajib kite menjage pemakanan kite..tp kite x mampu nk wat kajian setiap setiap satu mknn, so kite kat malaysia ni ade jakim, kite ikut jela..kalau jakim kate ade babi, haram la, kalau xde melantak la ikut suke anda..hehe

依之汉 said...

saya rasa kena ada bukti kukuh DNA ini. Perkara ini tak boleh buat main-main kerana akan menabur fitnah jika ianya tak betul. Tapi betul ker JAKIM keluarkan statement ni?

Latest entry: Soya Memang Buruk atau Orang jer Buruk?

Zawir Abd Rahim said...

link pun bukannye statement JAKIM, cuma bukti Secret Recipe to ada dalam database HALAL. Kalau haram kenapa x remove dr database????

mustakim said...

penjelasan secret recepi..
http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2011/05/notis-isu-halal-a4.jpg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails