Thursday, May 26, 2011

Ditahan Bukan Kerana Lacur... Coli, Seluar Dalam Atau??


SEBAHAGIAN daripada 40 pelacur yang ditahan dalam serbuan Ops Sayang di Jalan Pudu semalam.


KL 26 Mei 11: Inilah Malaysia, pelacur-pelacur yang ditahan bukan kerana melacur, tetapi kerana sebab lain. Kerana tiada dalam undang-undang bahawa melacur itu suatu kesalahan, walaupun Islam adalah agama Persekutuan.

Kerana itu, macam-macam taktik pelacur warga asing yang tidak pernah serik mencari pelanggan di sekitar medan selera di Jalan Pudu di sini apabila mereka kini tampil dengan gaya tidak memakai coli dan seluar dalam ketika mencari pelanggan.

Pelacur warga asing yang terdiri daripada kalangan warga China, warga Myanmar dan Indonesia itu dengan berpakaian seksi akan memberi kesempatan kepada pelanggan yang dihampiri menyentuh bahagian sulit mereka sebelum pelanggan itu ditarik ke hotel-hotel bajet di sekitar Jalan Pudu.

Rahsia pergerakan pelacur yang berumur belasan dan bawah 40-an itu terbongkar apabila polis menyerbu kawasan sekitar di sebuah hotel bajet di sini pada pukul 11.45 pagi semalam. Dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, polis menahan 40 wanita melibatkan 34 warga China, Myanmar (5) dan Indonesia (1). Kesemua pelacur yang ditahan itu sedang berpeleseran di sekitar hotel itu untuk mencari pelanggan.

Inilah Malaysia, Islam menjadi dagang bangsat. Umatnya tidak mampu mengamalkan hukum agama sendiri di dalam negara sendiri. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails