Thursday, May 26, 2011

Aku Nak Bunuh Kau! Blog Hina Nabi & Islam..

Antara gambar-gambar hina Islam.. Pihak berkuasa kena cepat bertindak.

KL, 26 Mei 11: “Aku nak bunuh kau”, “Semoga Allah cepat matikan engkau yang sah-sah murtad dan senang-senang menghina dan mempersendakan agama Islam” dan “Wahai makcik yang sesat...ingat balasan Allah itu ada, kau tunggu sahaja.”Antara beberapa reaksi pembaca setelah membaca blog yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Justeru, selepas beberapa isu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendakwa perkara itu wujud semula dengan kewujudan sebuah laman blog secara terang-terangan menghina agama Islam dan penganutnya.

Blog itu yang dikenali sebagai “Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara” itu turut menggunakan slogan “Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!” — secara terang-terangan menghina agama Islam.

The Malaysian Insider difahamkan blog itu telah wujud sejak awal minggu ini dan ia juga boleh didapati di laman Facebook dengan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ atau laman blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/.

Selain menggunakan kata-kata kesat, apa yang lebih mengejutkan laman blog ini turut memaparkan gambar seekor jerung dan Lady Gaga di atas Kaabah selain gambar-gambar lain yang menghina Islam. Dalam entri terbaru bertarikh 24 Mei 2011, selain memaparkan laman blog itu turut memberi “pesanan” yang berbunyi: “Hari ini Allah tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat.”

“Maka, Allah menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, mengeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!.”

Bagaimanapun tindakan penulis blog ini dikecam hebat oleh pembacanya, antaranya berbunyi: “Aku nak bunuh kau”, “Semoga Allah cepat matikan engkau yang sah-sah murtad dan senang-senang menghina dan mempersendakan agama Islam” dan “Wahai makcik yang sesat...ingat balasan Allah itu ada, kau tunggu sahaja.”

Rata-rata kritikan dibuat itu meminta agar penulis blog bertaubat dan tidak kurang mahu dia “dibunuh”. Melihat kepada perkembangan terbaru ini, Abim menyifatkan kewujudkan laman blog itu bertujuan mahu menghina imej dan kesucian agama Islam.

Kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, pihaknya memandang serius kewujudan laman blog yang berniat jahat itu.

“Abim memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

“Berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikan Abim, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut,” katanya.

Kata beliau, tindakan seumpama itu amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Malah kata beliau satu laporan polis telah dibuat terhadap penulis blog itu. Selain itu, tegas Mohamad Raimi, pihaknya juga menuntut agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyiasat laman blog itu dan mengambil tindakan tegas kepada individu yang terlibat.

“Menilai daripada ini, Abim menuntut pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci terhadap insiden yang mendukacitakan ini.

“Abim menuntut agar tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang terlibat, Abim juga mendesak agar permohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh penulis blog ini kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Harakah juga menyebutkan, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Sebarkan dan agar dapat menggesa polis untuk memulakan siasatan bagi dakwaan ke atas "Hajjah Shit dan Rakan2" mengikut peruntukan di bawah:

http://twitter.com/#!/sitt_alwuzara3
http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com/

PENAL CODE

SECTION 298: Uttering words, etc., with deliberate intent to wound the religious feelings of any person

SECTION 298. Whoever, with deliberate intention of wounding the religious feelings of any person, utters any word or makes any sound in the hearing of that person, or makes any gesture in the sight of that person, or places any object in the sight of that person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to one year or with fine or with both.


SECTION 298A: Causing, etc., disharmony, disunity, or feelings of enmity, hatred or ill-will, or prejudicing, etc., the maintenance of harmony or unity, on grounds of religion

SECTION 298A. (1) Whoever by words, either spoken or written, or by signs, or by visible representations, or by any act, activity or conduct, or by organizing, promoting or arranging, or assisting in organizing, promoting or arranging, any activity, or otherwise in any other manner

(a) causes, or attempts to cause, or is likely to cause disharmony, disunity, or feelings of enmity, hatred or ill will; or

(b) prejudices, or attempts to prejudice, or is likely to prejudice, the maintenance of harmony or unity, on grounds of religion, between persons or groups of persons professing the same or different religions, shall be punished with imprisonment for a term of not less than two years and not more than five years.


SECTION 125: Waging war against any power in alliance with the Yang di-Pertuan Agong

SECTION 125. Whoever whether in conjunction with the enemies of the Yang di-Pertuan Agong or otherwise wages war against the Government of any power in alliance or at peace with the Yang di-Pertuan Agong(Ketua Agama Islam), or attempts to wage such war, or abets the waging of such war, shall be punished with imprisonment for life, to which fine may be added; or with imprisonment for a term which may extend to twenty years, to which fine may be added, or with fine.

Definition of War includes....

2.
a. A condition of active antagonism or contention:
b. A concerted effort or campaign to combat or put an end to something considered injurious: the war against acid rain.


SECTION 108: Abettor

SECTION 108. A person abets an offence who abets either the commission of an offence, or the commission of an act which would be an offence, if committed by a person capable by law of committing an offence with the same intention or knowledge as that of the abettor.

ADiB said...

Salam dan selamat sejahtera to tuan rumah.. minta jasa baik.. kalo dapat remove gambar kaabah tuh.. sebb mcm tak sedap je tgk gambar kaabah tuh mcm tuh.. kalau kiter nak band blog makcik nih, rase nye elok kiter letak word je. Itu pun salah satu usaha kita untuk boikot makcik murtad tuh.. saya jumpe blog nih pun sebb saya google image url makcik murtad tuh.. banyk sangat gambar kaabah yg di hina. minta tolong tuan rumah pertimbangkan lah cadangan saya ini ye.. sekadar memberi pendapat.. sekian terima kasih :D

Anonymous said...

Pihak yg berwajib harus menggeluarkan sejumlah hadiah berupa wang tunai sehingga tertangkapnya penghianat yg jelas tahu bahawa perkara itu tidak akan menguntung dia secara individu.

Melainkan sekiranya beliau diupah olih pihak yg tertentu untuk mengkucar-kacirkan negara ini. isitharkan lah hadiah itu sebab money is still the best motivator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails