Thursday, May 26, 2011

Keputusan Calon Bertanding PAS... Tertumpu Husam?


KL, 26 Mei 11: Presiden tetap seperti biasa. Jawatan naib presiden PAS bakal menyaksikan pertarungan melibatkan enam penjuru termasuk tiga daripadanya wakil rakyat dari Kelantan.

Difahamkan ini kali pertama tiga wakil rakyat Kelantan turut gelanggang merebut tiga kerusi naib presiden. Enam daripada itu merupakan 14 yang dicalonkan bertanding jawatan itu.

Selain dua penyandang iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang akan mempertahankan jawatan itu, empat pemimpin lain mengambil keputusan untuk turut bertanding ialah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan Idris Ahmad dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Dikatakan pemerhatian tertumpu kepada Husam yang pernah memegang jawatan Naib Presiden dan melepaskan sewaktu bertanding Timbalan Presiden sebelum itu. dan Mohd Amar merupakan Adun Kelantan manakala Salahuddin pula Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Kesemua calon yang layak telah mengesahkan pendirian masing-masing ketika dihubungi media hari ini.

Sementara itu seorang lagi penyandang jawatan itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk bertanding nombor dua parti pada pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan. Calon lain yang membuat keputusan untuk tidak bertanding adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mazlan Aliman dan Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Nik Zawawi Nik Salleh.

Selain Tuan Ibrahim, turut mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu. Dalam pada itu, Nasrudin Hassan at-Tantawi dijangka akan mengekalkan jawatannya tanpa saingan.

Sementara itu timbalan ketua Pemuda PAS akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara penyandangnya Azman Shapawi Abd Rani, Pengarah Pilihan Raya Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai dan Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat. (IH)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

1 comment:

Anonymous said...

ULAMAK ATAUKAH ERDOGAN BENTENG PERJUANGAN?

http://iqgreen.blogspot.com/2011/05/ulamak-ataukah-erdogan-benteng.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails