
Elzlan Yusof bersamakeluarga
KL 28 Mei 11: Mat Lembut atau seorang lelaki yang menyamar sebagai pramugara dikesan menjalankan kegiatan menipu beberapa artis di negara ini membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit, sejak beberapa tahun lalu dan masih aktif hingga kini.
  Modus operandi lelaki berusia 20-an itu ialah mendekati golongan  selebriti terutama artis terkenal dengan memperkenalkan diri sebagai  pramugara  syarikat penerbangan terkemuka.
  Dalam perbualan itu, lelaki itu akan menawarkan khidmat membeli  barangan berjenama dengan harga yang murah di luar negara termasuk di  Amerika Syarikat  dan Eropah hingga memperdaya golongan selebriti  mengirim barangan berkenaan kerana tertarik dengan tawaran diberikan.
Mangsa terbaru lelaki itu ialah seorang model, Vie Santie Harun,  25, yang juga isteri kepada pelakon, Eizlan Yusof, 39, yang mendakwa  kerugian RM7,000 selepas mengirim beberapa barangan berjenama. Katanya, sebelum menipu, lelaki itu beberapa kali membantunya  mendapatkan barangan murah seperti beg tangan dan pakaian berkualiti  kononnya dibeli dari London dengan harga murah. (IH)
 
 

No comments:
Post a Comment