Saturday, May 28, 2011

UMNO/BN Perangkap Mentaliti Melayu -Nik Aziz

Rawang 28 Mei 11: Ideologi parti Umno-BN secara langsung memerangkap mentaliti masyarakat Melayu sehingga keliru untuk membezakan kepentingan yang mewujudkan senario politik sihat. Pendekatan Umno-BN itu juga telah menghakis prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini.

Demikian ucapan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di hadapan dua ribu pengunjung yang hadir di majlis siri ceramah perdana 'PAS Ganti Umno' padang Kampung Setia, Rawang semalam.

"Mereka rampas Perak. Ini bukan demokrasi. Kalau mahu pindahkan nama pengundi tidak ada masalah tapi di akhirat nanti akan dapat balasan. Mana ada demokrasi halang orang bercakap. Ini hak semua orang," katanya.

Tok Guru Nik Abdul Aziz juga menyifatkan perbalahan isu agama dan kaum hanya membuka ruang kebencian terhadap masyarakat yang pelbagai. Walhal katanya, fokus pemerintah seharusnya menjurus ke arah penyatuan rakyat seperti mana yang di uar-uarkan dalam slogan 1 Malaysia.

Sehubungan itu Nik Aziz mengingatkan, kaedah politik terbaik bagi struktur masyarakat kompleks seperti di Malaysia merupakan politik yang selari dengan Islam.

Beliau mengambil contoh pendekatan yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Kelantan dari sudut sosio-ekonomi, budaya dan sosial tanpa bersikap dwi standard atau prejudis terhadap kaum lain.

".... Semua berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam dan Hawa. Cuba kamu cari siapa nenek moyang. Kalau masih tidak jumpa maka semua manusia berasal dari keturunan yang sama," katanya lagi.

Baru-baru ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (PERKASA), Ibrahim Ali mengisytiharkan kesediaan beliau untuk berperang 'jihad' sekiranya masyarakat beragama Kristian mempersoal kedudukan agama Islam di negara ini.

Kenyataan tersebut walau bagaimanapun tidak disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sebaliknya menyatakan bahawa pendapat Ibrahim hanya mewakili segelintir masyarakat Melayu beragama Islam. Jelas Nik Aziz lagi, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno-BN walaupun perkara tersebut pernah berlaku dahulu.

"Saya antara orang yang menyokong PAS masuk BN selepas 13 Mei. Sehinggakan PAS di Kelantan berpecah kepada empat. Bila (PAS) masuk, dan (BN) senang dia tendang kita. Sekarang bila sudah susah, mereka datang balik kepada kita.

"Jangan masuk lubang kali kedua. Kalau pertama sudah kena sengat, maknanya bodoh kalau kita masuk kali kedua," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu menerima penyerahan borang 114 bekas ahli Umno cawangan Kampung Melayu Seri Kundang yang diserahkan sendiri oleh bekas ketua bahagiannya, Mat Senin Mat Lana. Antara lain yang turut menjejaki langkah Mat Senin adalah bekas ketua Wanita, Kamariah Meor Baldin dan bekas Pemuda, Mohd Khairuddin Abu Bakar. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

saya juga antara menyokomg penyatuan BN dan PAS...Sesudah itu,barulah gabungan ini boleh membuat perubahan dalam membersihkan parasit dan dirty politic dalam parti dalam menghentikan cita2 PAKATAN RAKXAT...akan tetapi,dimana penggabungan ini mencari titik perulaannya..dan juga demi memperkasakan KeTUANan melayu..t.kasih.

Anonymous said...

rahim@nrasb.com.my..refer above attchmnt.tq.

Anonymous said...

rahim@nrasb.com.my..refer above attchmnt.tq.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails