Tuesday, March 08, 2022

X A/Parlimen PAS tukar parti dari 38, sejak PRU 14.

 

38 Ahli Parlimen bertukar parti sejak PRU-14

KUALA LUMPUR: Seramai 38 Ahli Parlimen sudah bertukar parti, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018, sehingga Februari tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perbincangan sedang giat dibuat untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

"RUU ini akan dibentangkan di Parlimen setelah perkara dasar dan definisi lompat parti dimuktamadkan.

"Ini kerana terdapat perbezaan pandangan berhubung definisi lompat parti daripada setiap parti politik yang perlu diselesaikan sebelum RUU ini boleh dibentangkan," katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Wong Ling Biu (PH-Sarikei) di Dewan Rakyat.

Ling Biu bertanyakan jumlah Ahli Parlimen yang melompat parti sejak PRU-14, sama ada ia jumlah tertinggi sejak kemerdekaan Malaysia.

Sebahagian besar Ahli Parlimen yang bertukar parti sebelum ini adalah dari PKR, UMNO dan Parti Warisan (WARISAN) yang bertukar ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau BERSATU ke Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta MUDA.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiada Ahli Parlimen PAS tukar parti dari 38 kerusi yang dimenangi sejak PRU 14 seperti yang disebutkan.. Mereka yang bertukar ialah dari Ahli Parlimen PKR, UMNO dan Parti Warisan (WARISAN) bertukar ke parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau BERSATU ke parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta MUDA.

Ahli parlimen PAS mungkin tidak mampu dibeli atau di'rasuah'kan. Al-hamdulillah, Allah selamatkan mereka!

Siri Analisis PRN Johor

  


3 comments:

Anonymous said...

Parti kris ada berani ker buat baiah tidak akan terima rasuah dan beri rasuah.

Ada potensi pelapis parti kris terima dan beri rasuah jika tiada baiah.

Anonymous said...

Fakta Najib Jaga Harta Negara
*Ini Fakta

1) *Aset Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang ditinggalkan* oleh DS Najib adalah RM 10 billion, Tun M cuma RM 1.4 billion. DS Najib bukan perompak. DS Najib bina masa depan ATM ketika mereka dihasut untuk undi PH

2) *Aset Tabung Haji* yang ditinggalkan oleh DS Najib adalah RM 63.57 Billion, sedangkan Tun M cuma RM 12.27 billion. DS Najib bukan perompak. DS Najib bina ekonomi negara ketika dia difitnah jijik oleh Tun M(Mangkok) mencuri

3) *Rizab Petronas* yang ditinggalkan oleh DS Najib adalah RM 128.2 billion, TunM cuma RM 37 billion! DS Najib tidak pernah guna Petronas tebus hutang anak berbillion. Tiada sorang pun anaknya berniaga dgn Petronas!

4) *Aset KWSP* yang ditinggalkan oleh DS najib adalah RM 791.48. Billion, sedangkan Tun M cuma RM 219.63 billion. DS Najib tidak pernah guna duit KWSP untuk tolong tebus hutang anak atau kroni. DS Najib bukan perompak

5) *Rizab Permodalan Nasional Berhad (PNB)* yang ditinggalkan oleh DS Najib adalah RM 279 billion. Sedangkan Tun M dulu cuma RM 59.5 billion. Macam mana korang cakap DS Najib merompak? Perompak akan tinggal sikit saja kat PNB.

6) *Rizab Bank Negara Malaysia (BNM)* yang ditinggalkan oleh DS Najib adalah RM 430 billion. Tertinggi dalam sejarah negara. Rekod Tun M mampu buat cuma RM 160 billion. Itu beza Menteri Kewangan terbaik Asia dengan yang biasa2.

Atok gentel telo serah Pulau Batu Putih bagi anak Cina Lee Kwan Yew..

Anonymous said...

Jom sokong parti bersih. Nanti tak payah pening kepala nak ingat angka angka ringgit yang tiris. Ajib pun dah dijatuhkan hukum. Nanti boleh tumpu bangun negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails