Thursday, March 03, 2022

Usul rujuk Najib ke... Bayang Najib masih menghantui...

 

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berucap pada sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Panggal Kelima, Parlimen, semalam. - Foto BERNAMA

Usul rujuk Najib ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

KUALA LUMPUR: Pembangkang mengemuka usul meminta supaya Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa cuba mengelirukan dewan.

Usul itu dikemuka Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun hari ini, dibuat berkait kenyataan Najib dalam sesi perbahasannya di Dewan Rakyat, semalam.

"Saya ingin merujuk Ahli Parlimen Pekan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen seperti yang diperuntuk dalam Perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.

"Perkara ini sudah disampaikan ke pejabat Speaker dalam bentuk surat. Beliau dalam ucapannya semalam sudah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan dan boleh disifatkan sebagai menghina majlis," katanya pada sesi Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, secara spesifiknya, Najib sudah mengelirukan dalam beberapa perkara yang dibangkitkan, termasuk menyatakan tiada satu sen prinsipal hutang 1MDB pernah dibayar oleh kerajaan.

"Ini palsu kerana kerajaan sudah membayar sebanyak RM8.8 bilion prinsipal dan faedah semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.

"Keduanya, beliau sudah menyebut penjimatan kepada penyelesaian perjanjian berat sebelah pengeluar tenaga bebas (IPP), peninggalan zaman Perdana Menteri keempat yang diselesaikan dengan bantuan 1MDB mengambil alih IPP ini sudah menjimatkan sebanyak RM50 bilion. Ini adalah palsu," katanya.

Kemudian, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, yang mempengerusikan mesyuarat itu memaklumkan Speaker akan meneliti usul itu, sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat akan mempertimbang surat berkenaan dan buat jawapan sewajarnya," katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama sehari selepas beliau ingkar arahan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor untuk duduk selepas berkali-kali cuba mengganggu perbahasan Najib.

Dalam perbahasan Najib itu, Rayer dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkali-kali membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan meminta penjelasan dari Ahli Parlimen Pekan itu.

Najib bagaimanapun, tidak memberi laluan kepada sebarang pencelahan.

Ahli Parlimen Jelutong R Sanisvara Nethaji Rayer diarah keluar dewan selepas menggangu sesi perbahasan Najib, semalam

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah bayang-bayang Najib masih menghantui puak-puak tertentu melalui kes 1MDB ini? 

Siri Analisis PRN Johor
  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails