Sunday, February 27, 2022

Politik: YouTube sekat saluran Rusia, walau jana pendapatan

 

YouTube sekat RT, saluran Rusia lain jana pendapatan

SAN BRUNO (CALIFORNIA): YouTube menggantung beberapa saluran Rusia, termasuk RT, iaitu saluran media dibiayai kerajaan, daripada menjana pendapatan hasil perkhidmatan video, berikutan langkah sama yang diambil oleh Facebook.

“Keadaan luar biasa di Ukraine menyebabkan kami menghentikan beberapa saluran yang berupaya menjana wang melalui YouTube, termasuk beberapa saluran Rusia yang dikaitkan dengan sekatan baru-baru ini,” kata YouTube dalam satu kenyataan.

YouTube dikendalikan oleh Alphabet Inc Google, manakala pemilik Facebook ialah Meta Platforms Inc.

Twitter turut mengehadkan sesetengah pengguna di Rusia menggunakan platform media sosial itu, kata syarikat itu dalam ciapannya.

Jumaat lalu, Moscow bertindak mengehadkan sebahagian akses melayari Facebook yang didakwa menapis berita dalam media Rusia.

Twitter menyatakan pihaknya berusaha memastikan perkhidmatan yang disediakan selamat dan boleh diakses, namun tidak menjawab soalan sama ada Rusia berhubung dengan syarikat itu mengenai sebarang tindakan.

Pemantau sekatan internet, NetBlocks, melaporkan Twitter mengehadkan penggunaan platform itu terhadap beberapa rangkaian terkemuka. Seorang wartawan Reuters di Moscow, memberitahu laman web itu perlahan dan sukar menghantar ciapan. – TRTWOLRD

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Politik, YouTube sekat saluran Rusia dan lain, walau jana pendapatan..

Lihat seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails