Saturday, February 26, 2022

Lekeh sangat! Calon DAP bawa Syed Saddiq sebagai pencadang..

 

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong (kanan) yang mewakili Pakatan Harapan (PH), tiba bersama pencadang yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyerahkan borang pencalonan kerusi DUN Perling. - Foto NSTP

Pusat Penamaan dan Penjumlahan Undi Pilihanraya Negeri (PRN) bagi DUN N46 Perling di Dewan Jubli Intan, Jalan Kolam Air, Johor Bahru. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

JOHOR BARU: Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, menarik perhatian apabila tiba di Pusat Penamaan Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling dengan membawa Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai pencadangnya.

Kedua-dua pemimpin politik itu tiba di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Baru, pada jam 9.05 pagi.

Ketika ditanya mengenai kehadiran Syed Saddiq, Chin Tong berkata Presiden MUDA itu memang pencadangnya.

"Syed Saddiq pun calon Perling. Gurau je. Dia (Syed Saddiq) pencadang saya," katanya kepada pemberita sebelum memasuki dewan itu.

Sementara itu Syed Saddiq turut menyatakan dia adalah pencadang Chin Tong.

"Saya kat sini sebagai pencadang. Saya ni orang Perling," katanya.

Chin Tong yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dijangka berdepan saingan dua lagi calon iaitu Ketua Wanita MCA Pulai, Tan Hiang Kee dan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Naib Presiden GERAKAN, Khoo Siaw Lee.

Hiang Kee yang pertama tiba di pusat penamaan pada jam 8.45 pagi, diikuti Siaw Lee pada 8.49 pagi dan Chin Tong pada jam 9.05 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, wakil PH, Cheo Yee How memenangi kerusi itu dengan majoriti 19,533 undi.

Komen Weblog IbnuHasyimCalon DAP bawa Syed Saddiq sebagai pencadang. Pasal lekeh sangat?


Lihat seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails