Monday, February 21, 2022

Terbongkar, pelacuran berselindung pusat kesihatan. Ini.

 

ANTARA yang ditahan dalam serbuan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, malam tadi. FOTO Ihsan Polis

Kuala Lumpur: Kegiatan pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kesihatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, terbongkar dalam serbuan polis, hari ini.

Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur melakukan serbuan Op Noda di premis berkenaan kira-kira 7 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, seramai enam wanita tempatan yang disyaki pelacur berjaya ditahan.

"Polis turut menahan tiga lelaki tempatan yang mengaku sebagai penjaga premis.

"Pemeriksaan kemudian merampas pelbagai kondom, tuala, minyak urut dan wang tunai berjumlah RM2,035," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke IPK Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 373 serta 372B Kanun Keseksaan.

Lihat seterusnya..
Siri Analisis PRN Johor

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails