Monday, February 28, 2022

Adun Ajil cedera, lori bantuan terbalik dibawa arus deras (Video)

 

'ADUN Ajil, Maliaman Kassim terselamat daripada dihanyutkan arus....'

Kuala Berang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Maliaman Kassim terselamat daripada dihanyutkan arus apabila lori dinaikinya terbalik dalam kejadian jam 5.30 petang, hari ini.

Bagaimanapun, Maliaman yang dalam misi menghantar bantuan bekalan makanan kepada penduduk terjejas banjir di sekitar Hulu Berang menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM) hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau yang mengalami kecederaan di kaki diselamatkan bot penyelamat sejurus kejadian sebelum dibawa ke kawasan selamat.

Kenderaan yang turut dinaiki 13 anggota APM dikatakan terbalik selepas dihanyutkan arus deras sebaik tiba berhampiran kawasan Sungai Kampung Lebak, di sini.

Menerusi Facebook (FB) miliknya, beliau melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada penyelamat yang datang menghulurkan bantuan.

Video

Lihat seterusnya..

1 comment:

Anonymous said...

Kejadian banjir dilaporkan sedang berlaku di beberapa daerah di negeri Pantai Timur dengan beberapa kawasan di Terengganu, Pahang dan Kelantan dilaporkan telah ditenggelami air.

Sehubungan itu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar semua mangsa cekal dan tabah mengharungi musibah banjir.

## eloklah doa untuk diri sendiri dulu. Selesaikan musibah yg melanda diri sendiri. Makbul yg itu baru makbul untuk org lain. ##

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails