Tuesday, March 01, 2022

RM6.9 juta hak fakir miskin persekolahan, Pahang. Al-hamdulillah!

 

Bangunan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

MUIP sedia RM6.9 juta bantuan awal persekolahan

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyediakan peruntukan lebih RM6.9 juta wang zakat sebagai bantuan awal persekolahan khusus kepada golongan asnaf.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman, berkata permohonan bantuan berkenaan dibuat secara dalam talian dan kini telah dibuka manakala tarikh tutup pada 15 Mac depan.

Menurutnya, syarat utama ialah pemohon dalam kalangan asnaf fakir miskin di negeri ini yang berdaftar sebagai penerima bantuan bulanan dan tahunan sahaja. Turut layak memohon ialah asnaf mualaf.

"Setiap pemohon layak menerima bantuan RM150 bagi murid sekolah rendah dan RM200 untuk pelajar sekolah menengah, bantuan sekali bayar disediakan bagi meringankan beban golongan terbabit menjelang sesi persekolahan baharu.

"Kira-kira 34,924 individu layak menerima bantuan awal persekolahan dan bantuan berkenaan antara usaha dilakukan MUIP membantu golongan asnaf secara berterusan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Khatan Perdana 'Sunaton' 2022 di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Chendering, di sini, kelmarin.

Katanya, pemohonan bantuan awal persekolahan boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang easnaf.muip.gov.my.

Lihat seterusnya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails