Pemberontak di Papua, Indonesia tembak mati 8 juruteknik
JAYAPURA, INDONESIA: Kumpulan pemisah di wilayah Papua Indonesia hari ini mengaku bertanggungjawab menembak mati lapan juruteknik ketika mangsa membaiki tiang telekomunikasi di kawasan terpencil.
Lelaki bersenjata di daerah pergunungan menyerbu menara milik Telkomsel, sebuah syarikat telekomunikasi utama yang disokong kerajaan, pada Rabu, menurut tentera.
Kumpulan pemisah di Papua yang melancarkan pemberontakan terhadap pasukan keselamatan Indonesia selama beberapa dekad telah meningkatkan serangan baru-baru ini dengan menyasarkan pekerja yang mereka dakwa mempunyai kaitan dengan negeri itu.
Ketika serangan terbaharu itu, seorang juruteknik berjaya melarikan diri dan memberi amaran kepada pihak berkuasa, kata jurucakap tentera Papua Aqsha Erlangga.
"Ini adalah jenayah yang luar biasa," katanya dalam satu kenyataan.
Polis mengambil alih siasatan dan usaha memburu penjenayah sedang dijalankan, katanya. Usaha memindahkan mayat mangsa menggunakan helikopter dari lokasi terpencil semalam terhalang akibat cuaca buruk, kata Erlangga.
Tentera Pembebasan Kebangsaan Papua Barat, sayap tentera kumpulan pemisah utama Papua yang mengaku bertanggungjawab mendakwa mereka sebelum itu memberi amaran kepada orang awam untuk meninggalkan kawasan yang mereka sifatkan sebagai "zon perang."
"Oleh itu bagi kami, mereka yang ditembak adalah sebahagian daripada tentera atau polis Indonesia," kata jurucakap Sebby Sambom dalam satu kenyataan.
Serangan itu adalah antara yang paling tragik di Papua yang kaya dengan sumber.
Pada 2018, 19 pekerja sebuah syarikat pembinaan milik kerajaan ditembak mati oleh pemberontak ketika membaiki jambatan.
Papua berkongsi sempadan dengan Papua New Guinea yang merdeka di kepulauan New Guinea, hanya di utara Australia.
Bekas tanah jajahan Belanda, Papua mengisytiharkan kemerdekaan pada 1961 tetapi Indonesia mengambil alih kawalan dua tahun kemudian, menjanjikan satu referendum.
Undian berikutnya, memihak untuk kekal sebagai sebahagian daripada Indonesia yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada masa itu, secara meluas dianggap palsu. - AFP
PemimpinNurul HidayahKawasan utamaPapua dan Papua BaratIdeologiNasionalisme Papua Liberalisme SekularismeSekutu Vanuatu[1][2] Kepulauan Solomon[3] Senegal[4] Tonga[5] Libya (s.1987–s.1990-an)[6]Lawan Indonesia Australia Papua New Guinea[7][8][9] Kesatuan Soviet (1962–1964) Amerika Syarikat (1969–1992)Ditetapkan sebagai kumpulan pengganas oleh IndonesiaBendera Organisasi Papua Merdeka OPM | |
---|---|
1 comment:
Kenyataan Mahathir , Najib dan penyokong berasa tidak malu konon Najib itu perompak dan tidak malu menyokongnya.
Mahathir sebenarnya ketinggalan zaman dan bercakap umpama radio usang.
Ini bukan zaman pembunuhan Memali dan zaman BMF Auditor penyiasat skandal BMF mati di bunuh.
Ini zaman maklumat hujung jari.
Mahathir dan PH sangka sumbat sahaja kes kepada mulut rakyat , maka mereka akan terus jadi bodoh dan dungu.
Kali ini rakyat bermaklumat, berpengetahuan dari Media utama dan Media sampingan.
Jika dulu sumbat sahaja cerita versi kerajaan berkenaan pembunuhan orang Islam Memali maka rakyat akan dengar.
Sumbat sahaja kisah auditor siasat skandal BMF Mahathir mati dibunuh, terus di terima begitu sahaja.
Kali ini, sebaik sahaja Mahathir dan DAP menipu manifesto, terus rakyat tidak lagi percaya apa sahaja yang datang dari Mahathir dan DAP.
Rakyat sedar Mahathir menipu manipesto dan masih cuba rasuah rakyat dengan cerita 1MDB , terus satu persatu Kawasan dimenangi semula oleh Barisan Nasional sehingga tujuh Kawasan berturut turut.
Kemudian rakyat tolak Mahathir, PH dan Bersatu di dua PRN Melaka dan Sarawak.
Semenjak itu kisah dan kes 1MDB hanya laku kepada penyokong PH dan mereka yang tidak tahu ditipu oleh PH.
Rakyat dan ahli UMNO terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Najb Razak dan tidak berpaling lagi.
Maka , sebutan “malu” yang keluar dari mulut Mahathir hanya sesuai untuk Mahathir sahaja.
Penyokong Najib tahu betapa kes di reka untuk Najib sahaja, terlalu banyak pincang pada kes Najib dari segi pembuktian, saksi, dan maklumat maklumat yang disembunyikan.
Selain itu, kisah para hakim, dan peguam semua dalam pengetahuan rakyat dan penyokong Najib.
Mereka bukan seperti penyokong Mahathir yang tuli, pekak dan buta.
Baik berkenaan Pulau Batu Puteh, Zeti Akhtar, Kehilangan Forex ,Semburit dan sebagainya.
Maka, Mahathir harus simpan sahaja perkataan “Malu” untuk diri sendiri , itu pun jika ada perasaan malu
Post a Comment