Wednesday, March 09, 2022

Pemberi & penerima rasuah di neraka. Ikrar PN..

 

PN ikrar bebas rasuah kerana rasuah pemusnah!

SEMUA 56 calon Perikatan Nasional (PN) telah mengangkat ikrar bebas rasuah dan salah guna kuasa jika diberikan peluang mentadbir Kerajaan Negeri Johor. 

PAS sebagai komponen utama dalam PN mendahului komitmen memerangi rasuah dan salah laku ketika mentadbir beberapa negeri termasuklah di peringkat Persekutuan.

PAS mentadbir Negeri Cik Siti Wan Kembang selama lebih tiga dekad tanpa seorang pun pemimpinnya terpalit dengan najis rasuah. Begitu juga di Terengganu dan Kedah di bawah kepimpinan Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Ustaz Azizan Razak. 

Ketika dasar dan polisi Kerajaan berkaitan rasuah mengalami evolusi dengan penggubalan dasar terkini Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023, PAS telah membuktikan pengamalan sifar rasuah dalam pentadbiran sesebuah kerajaan adalah realistik.

Ramai yang mungkin lebih cenderung memperkatakan mengenai langkah memerangi rasuah, tetapi tidak ramai yang mahu meneliti rahsia di sebalik kejayaan-kejayaan PAS. 

Biar saya dedahkan ‘open secret’ kejayaan PAS memerangi rasuah – nilai didikan agama yang jitu serta ‘zero-tolerance’ terhadap pintu-pintu rasuah. Inilah prinsip yang didukung bersama parti-parti di bawah panji Perikatan Nasional (PN) insya-Allah

Ikrar bebas rasuah adalah komitmen awal PN memandu negara yang lebih berintegriti. Mari bersama kami realisasikan hasrat besar ini.

Kita amat sedar, rasuah adalah pemusnah. Di dunia ia membinasakan negara, di akhirat ia akan membinasakan diri. 

Cukuplah amaran Nabi S.A.W:

الراشى والمرتشى فى النار

“Pemberi dan penerima rasuah di dalam neraka.”

YB DATO’ USTAZ AHMAD YAHAYA
Ketua Ulamak
Dewan Ulamak PAS Pusat – HARAKAHDAILY 9/3/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP, kuncu dan 'barua'nya mana faham engenai rasuah. Itu sebab waktu berkawan dengan PAS, sama-sama menentang rasuah. Bila jauh dari PAS sudah terpalit dengan rasuah terowong, rumah KM, rogol, dadah dan lain-lain. Kesian, terutama barua Melayunya.

Siri Analisis PRN Johor

  


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails