Tuesday, March 08, 2022

'..Ada cuba buat pakatan jajaran baharu dengan DAP dan PKR..' -PAS

 

Foto daripada Facebook Abdul Hadi Awang.

Pemimpin Umno cuba bentuk jajaran baharu untuk gugat Kerajaan PN

MUAR: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ada pemimpin Umno yang cuba membentuk kerajaan dengan membuat pakatan jajaran baharu dengan DAP dan PKR.

Menurut beliau, perkara itu berlaku selepas Umno berjaya menjadi kerajaan semula di peringkat Persekutuan setelah tertubuhnya Kerajaan Perikatan Nasional.

“Tiba-tiba bila Umno dah segar, bukan semua (pemimpin) Umno… sebahagian… nak buat jajaran baharu. Nak buat pakatan dengan DAP dan PKR. Nak buat kerajaan di Pusat tak berjaya (kerana) tak cukup (ahli parlimen), kerana tak semua orang Umno ikut.

“Kemudian nak buat jajaran baharu, Umno, PKR, DAP. Sebahagian besar orang Umno tak sokong. Tak boleh buat. Akhirnya gagal,” ujar beliau semasa menyampaikan ceramah bagi kempen Perikatan Nasional PRN Johor yang berlangsung di Markaz PAS Kawasan Bakri, di sini, malam tadi.

Tambah Tuan Guru Abdul Hadi, untuk menyelamatkan keadaan, Perdana Menteri pada ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup meletak jawatan dan menyerahkan kepada Naib Presiden Umno, Dato’ Sri Ismail Sabri, namun Umno tetap tidak berpuas hati.

“Kerajaan Pusat lebih banyak (ahli parlimen) Perikatan Nasional. Tetapi sebahagian Umno buat masalah. Bubar Kerajaan Melaka buat pilihan raya, bubar Kerajaan Johor buat pilihan raya. Terpaksa kita masuk.

“Kita ada berpakat tak mahu kelahi, (tetapi) dia tak mahu berpakat. (BN) Nak bertanding semua. Dia nak bertanding semua, kita lawan semualah,” kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional.

Jelas beliau lagi, sebelum ini PAS sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan dengan Umno demi perpaduan umat Islam sekali pun pernah ditindas parti itu semasa parti itu berkuasa penuh dalam Kerajaan Persekutuan selama lebih 60 tahun.

“Kelantan kita perintah, dia sekat Kelantan. Terengganu kita memerintah dia rampas royalti petroleum. Kalau ikut marah kita tak mahu berbaik dengan Umno ni,” ujarnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut berharap agar pengundi-pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berani membuat perubahan dan tidak sekadar mengekalkan hanya parti tertentu sahaja untuk satu jangkamasa yang panjang.

Mengambil contoh beberapa negara lain, beliau berkata bahawa rakyat di kebanyakan negara terutama di negara-negara maju akan memilih parti-parti untuk menjadi kerajaan berdasarkan prestasi perkhidmatan parti-parti itu.

Rakyat, menurut beliau, harus menggunakan kuasa mereka sebagai pengundi untuk memilih kerajaan yang dapat memberi khidmat terbaik kepada mereka.

“Jangan salah undi lagi. Jangan pilih parti yang melampau. Harap semua kaum Melayu, Cina, India pilih parti yang bergabung yang tak melampau, yang nak buat perubahan.

“Yang tak berjanji bohong, yang tak ada salah laku, yang tak ada rasuah. Sokong Perikatan Nasional. Ini yang kita mahu. Jangan salah mengundi lagi,” ujarnya.

Ceramah tersebut turut dipancarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau. – HARAKAHDAILY 7/3/2022

Siri Analisis PRN Johor

  


4 comments:

Anonymous said...

Puak munafiqun yang bertooengkan nasionalisme, pluralisme, liberalisme dan sekularisme dan puak kafir harbi adalah dari spesies yang sama iaitu musuh Islam.

Mereka berkasih sayang untuk memusnahkan Islam dan menafikan hak umat Islam.

Maka tidak hairanlah mereka tidak peduli tentang usaha puak kafir harbi untuk memurtadkan 3 kanak-kanak mualaf. Mereka tidak peduli agama Islam dan umat Islam dihina dan difitnah dan ditindas oleh musuh Islam.

Mereka tidak peduli tentang dosa , yang penting wang haram masyuk akaun. Bahkan merekalah yang mengkhianati tanah rizab Melayu, perpaduan Melayu,, perpaduan ummah dan DEB. Mereka semakin kaya, kaum Melayu masih hidup miskin.

Inilah akibatnya jika kaum Melayu mengundi parasit @ penyamun yang berpura-pura menjerit "Hidup Melayu !"

Anonymous said...

Ble rasa nk kalah, ble rasa nk ilang kuasa mula la buat fitnah,
Fitnah mudah, DAP jugak jadi alasan, siang mlm ratib DAP

Anonymous said...

PN akan kalah smua kerusi dun di prn johor..

Anonymous said...

Wah. Jajaran baru. By hook or by crook, parti kris try nak hapus kira kes mahkamah jika menang. Apakah rakyat bersedia untuk terus menerima salahlaku sebagai normal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails