Friday, March 11, 2022

Oh, ini rupanya 'dosa' besar Muhyiddin pada Umno..

 

1. ‘Dosa’ Muhyiddin pada Umno tidak mahu bantu kes mahkamah pemimpin.

JOHOR BAHRU:  ‘Dosa’ Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Umno-BN adalah kerana beliau tidak mahu membantu menyelesaikan kes mahkamah yang sedang dihadapi pemimpin-pemimpin parti itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, ‘dosa’ Muhyiddin itu tidak sebanding dengan perkhidmatan dan jasa beliau kepada rakyat Malaysia.

“Ya betul, Tan Sri Muhyiddin Yassin memang ada dosanya kepada Umno. Sebab itulah Umno beria berkomplot menjatuhkan beliau daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Apakah beliau dikira berdosa kerana meluluskan pakej-pakej membantu rakyat menghadapi wabak Covid-19 sebanyak RM850 bilion melalui PRIHATIN sehingga PEMERKASA+?”soalnya.

Ir Khairil Nizam turut mempersoalkan apakah Muhyiddin dikira berdosa kerana menghapuskan RM8.3b hutang-hutang peneroka Felda?

“Apakah beliau dikira berdosa kerana menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 400,000 ketika pandemik melalui Majlis Pekerjaan Negara? Jawapannya, tidak!,” tegas beliau.

Hakikatnya, menurut beliau, Muhyiddin berdosa kepada Umno adalah kerana mantan Perdana Menteri itu tidak mahu campur dalam urusan perbicaraan kes mahkamah pemimpin-pemimpin Umno.

Tambahnya lagi, apa yang menyedihkan Umno dilihat telah tergelincir daripada landasan agenda besar Penyatuan Ummah yang kita gagaskan bersama dalam Muafakat Nasional.

“Mereka rakus dan tamak dengan kuasa politik serta gelojoh ingin menggunakan pengaruh kuasa politik sebagai ‘exit plan’ kepada perbicaraan kes pemimpin-pemimpin mereka. Mereka sebenarnya telah hilang hilang kepercayaan kepada Institusi Kehakiman Negara,” ujarnya.

Mengulas tentang Pakatan Harapan (PH) pula, beliau berkata parti itu ternyata telah menjadikan 22 bulan di era mereka itu sebagai mimpi ngeri yang tidak ingin diulangi lagi oleh rakyat Malaysia.

“Malaysia seperti telah hilang identiti dan tercalar imejnya angkara ‘kehebatan’ kerajaan PH,” ujarnya sinis.

Beliau turut menyatakan komitmen bersama-sama dengan gelombang rakyat Semerah yang bertekad untuk menolak Umno-BN pada PRN kali ini.

“Terima kasih kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik serta anak-anak muda yang memeriahkan protes rakyat menolak BN dan PH pada malam ini.

“Sambutan pada malam ini memang luar luar biasa dan lain macam auranya. Ini juga adalah isyarat awal daripada rakyat Semerah bahawa jangka hayat politik BN kini sudah berada di garisan penamatnya.

“Rakyat Malaysia pada hari ini ramai sudah matang dan celik dalam politik. Mereka telah merasai kepimpinan BN, kepimpinan PH dan juga kempimpinan PN mentadbir negara ini,” ujarnya.

Beliau harap agar rakyat Johor dapat membuat pilihan yang terbaik dan memiilih parti yang mempunyai integriti yang tinggi dan terbukti prihatin kepada keperluan rakyatnya.

“Saya rayu kepada semua pengundi Bangsa Johor untuk keluar menunaikan tanggungjawab anda. Keluarlah mengundi, baliklah mengundi pada Sabtu ini.

“Kita tamatkan riwayat parti-parti yang telah menggunakan rakyat untuk kepentingan mereka sendiri. Kita pilih yang berintegriti dan prihatin!,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 10/3/2022

2. Peneroka terhutang budi pengorbanan Muhyiddin

BATU PAHAT: Perikatan Nasional (PN) menawarkan insentif kepada anak muda termasuk kursus kemahiran dalam sektor keusahawanan.

Calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, kursus tersebut berkaitan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) dan latihan kemahiran.

Selain itu berkaitan dengan modal insan bagi membangunkan jati diri anak-anak muda.

“PN tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan dahulu yang menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi tanpa mengambil kira kemampuan melaksanaka janji tersebut,” katanya di sini.

Baru-baru ini Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Ikrar PN Untuk Johor, dengan slogan ‘Demi Bangsa Johor’.

Ikrar itu merangkumi lapan tunjang utama iaitu kepemimpinan berintegriti dan bebas, keutuhan ekonomi Johor, keutamaan tangani kos sara hidup, keprihatinan kepada rakyat.

Selain itu kesejahteraan sosial, kecekapan infrastruktur, merancakkan sektor pelancongan dan kelestarian alam sekitar.

Ahmad Nawfal yang juta Ketua Pemuda PAS Johor berkata, apa yang dibentangkan PN menzahirkan sebuah ikrar untuk rakyat negeri itu.

Menurutnya juga pengundi sekarang bijak menilai mana-mana parti yang mampu menunaikan janji.

Malah kata beliau semua orang tahu jasa Kerajaan Perikatan Nasional yang melupuskan 80 peratus hutang peneroka Felda sehingga diterima baik golongan terbabit.

“Peneroka terhutang budi terhadap pengorbanan Tan Sri Muhyiddin, selepas berpuluh tahun tahun mereka memperjuangkan isu tersebut,” ujarnya. HARAKAHDAILY 9/3/2022

Komen Weblog Ibn Hasyim: Tahniah atas kehebatan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin kerana beliau tidak mahu membantu menyelesaikan kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO itu. Tidak mahu berkerjasama dengan jenayah rasuah yang membelenggu negara dan rakyat. Al-hamdulillah!

Siri Analisis PRN Johor

  


1 comment:

Anonymous said...

Itu bukan dosa besar mahiaddin kepada umno. Tapi itu pahala yg mahiaddin bagi buat rakyat. Umno maklum parti rasuah yang tersohor. Parti the hancings khianat pada agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails