Friday, March 11, 2022

Roslan SMS Mengulas: Bila kaduk DAP Layu...

 

Apabila kaduk layu mencium bumi

"Biar DAP tahu langit ini tinggi rendah dan perjuangan ekstremis dan matlamat menghalalkan cara mereka itu sudah lapuk dan tidak relevan lagi. Melaka sudah menunjukkan jalan, Sarawak juga, bola kini di gelanggang bangsa Johor. Say ‘NO’ to DAP."

MASUK minggu kedua kempen Pilihan Raya Umum Negeri Johor, parti-parti politik yang bertanding semakin cergas menggerakkan jentera masing-masing di setiap pelosok bumi Johor yang bertuah itu. Masing-masing bertarung untuk menang.

Dalam kesibukan kempen berkenaan jentera DAP yang merupakan komponen Pakatan Harapan walau bagaimanapun kelihatan sugul dan tidak berapa bertenaga. Ramai pemerhati politik menjangkakan kali ini DAP bakal mengulangi nasib yang sama sebagaimana dalam PRN Melaka dan Sarawak sebelum ini.

Dalam PRU ke-14 lalu atas muslihat licik, DAP menang di 14 kerusi DUN Johor dan bersama PAN, PKR dan BERSATU telah membentuk Kerajaan Negeri Johor buat pertama kali atas nama PH. Rakyat Johor sempat merasa bernaung bawah Kerajaan Negeri PH yang didominasi DAP.

Namun hari ini semuanya seakan tidak menjadi. Tun Dr Mahathir yang dahulunya ditunggangi sepenuhnya oleh DAP atas nama PH untuk memenangi PRU ke-14 kini sudah bawa diri dan mengetuai parti lain. Tun sendiri pun lawan DAP hari ini. Dalam ketiadaan Tun, DAP sedar ia akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan undi Melayu. 

DAP tidak meletakkan harapan pada Anwar Ibrahim, PKR dan Mohammad Sabu, PAN untuk meraih undi Melayu buat PH kerana mereka masing-masing sedang bergelut untuk bernyawa.

Ternyata sejak ditendang keluar dari Kerajaan Persekutuan ekoran perletakan jawatan Tun sebagai Perdana Menteri dulu, tersingkir keluar dari Kerajaan Negeri Perak, Melaka dan Johor, DAP dan PH sudah seakan hilang auranya, tidak lagi sebagaimana PRU ke-14 dahulu.

Buktinya dalam PRN Melaka, dari menguasai 8 kerusi DUN, DAP kalah di 4 dan hanya mampu bertahan di 4 DUN itupun kerusi majoriti bukan-Melayu. Di Sarawak pula walau agresif kononnya mahu menawan kerajaan negeri, DAP kecundang, dari 7 kerusi dalam PRU sebelumnya, DAP cuma bertahan di 2 kerusi DUN sekali lagi di kerusi yang pekat kaum Cina. Apakah agaknya nasib mereka di Johor nanti?

Suka tidak suka satu faktor besar yang melibatkan kemerosotan PH adalah bahawa rakyat sudah hilang keyakinan pada mereka. Ini kerana setelah diberikan kemenangan besar pada mereka dalam PRU ke-14 dahulu sehingga mampu menguasai Kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri termasuklah Johor, PH gagal mengkotakan janji melangit yang ditabur, harapan yang diberikan rakyat tidak dihormati dan rakyat cukup rasa kecewa dan tertipu.

Kerana itu apabila mereka jatuh tersungkur setelah cuma 22 bulan memerintah, kejatuhan itu langsung tidak ditangisi rakyat malahan rakyat memberikan harapan pada persepakatan politik baru selain PH, dan sejak itu mereka terus terpinggir dan dilupakan.

Begitulah nasib mereka di Melaka, kemudiannya Sarawak dan kini di Johor tidak banyak yang diharapkan boleh berubah.

Mengikut laporan semasa dari Johor masyarakat bukan-Melayu khasnya kaum Cina yang sebelum ini hampir 90 peratus mengundi DAP dan PH, sudah ketara mula muak dan bosan pada mereka. DAP tidak lagi dilihat sebagai juara atau ‘champion’ mereka dan lebih parah lagi masyarakat bukan-Melayu dilihat mula terbuka pada parti-parti lain selain PH-DAP khasnya BN dan PN.

Jika ini berterusan sehingga hari mengundi, bermakna kekuatan besar PH iaitu undi bukan-Melayu dijangka merosot, dan kesannya selain menjejaskan harapan calon-calon DAP, sebagaimana di Melaka dan Sarawak, ianya juga akan menjejaskan harapan calon-calon PKR dan PAN yang sebelum ini bertenggek kuat pada sokongan undi bukan-Melayu yang dikuasai DAP.

Timbalan Presiden PAN umpamanya menang di DUN Simpang Jeram kerana di sana dalam PRU lalu punya 47 peratus pengundi bukan-Melayu, manakala Pengerusi PAN Johor pula menang di DUN Parit Yaani kerana di situ punya 42 peratus pengundi bukan-Melayu. Malah ADUN tunggal DAP Melayu yang menang di DUN Paloh pun berjaya kerana DUN berkenaan cuma punya 40 peratus pengundi Melayu.

Jika benar masyarakat bukan-Melayu sudah bersedia menarik sokongan dari DAP, soalnya bagaimana pula masyarakat Melayu sendiri?

Ini sesungguhnya adalah peluang terbaik buat pengundi dari kalangan masyarakat Melayu di Johor khasnya yang mengundi di 14 kerusi yang ditandingi DAP, untuk bangkit bersuara menolak DAP yang ekstremis dan rasis ini. Kita saja yang boleh mengajar DAP. Jangan lagi beri tempat untuk perjuangan menjuarai konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang diilhamkan mendiang Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew itu. 

Konsep ini asing dan tidak sesuai di Malaysia apatah lagi Johor. 22 bulan DAP memerintah mendominasi PH kita telah merasakan seakan kadok mencanak-canak naik ke junjung. Bangsa Melayu tiba-tiba menjadi bangsa asing, teraba-raba melukut di tepi gantang. Semuanya lantaran terpaku dan termakan dengan janji-janji dan tipu-daya PH yang didalangi DAP.

Jangan ulangi kesilapan ini, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna lagi. Kali ini walau di kerusi pekat Cina sekalipun umpamanya di DUN Skudai yang cuma ada sekitar 20 peratus lebih pengundi Melayu atau DUN Bekok yang sekitar 30 peratus pengundi Melayu, apa kata kita bersatu beriltizam bangkit menolak calon-calon DAP, yang muda dan yang veteran, kita keluar berama-ramai pastikan tidak ada satu undi pun yang diberikan kepada DAP dan PH.

Kalau benar sudah ada 20 ke 30 peratus pengundi bukan-Melayu akan menolak PH-DAP kali ini di PRN Johor ditambah dengan 90 peratus lebih pengundi Melayu khasnya di 14 kerusi yang DAP tandingi, tidak mustahil DAP akan kecundang, sebagaimana mereka tersembam ke bumi di Melaka dan Sarawak, di Johor juga tanah makanan mereka.

Jangan persiakan peluang ini. Biar DAP tahu langit ini tinggi rendah dan perjuangan ekstremis dan matlamat menghalalkan cara mereka itu sudah lapuk dan tidak relevan lagi. Melaka sudah menunjukkan jalan, Sarawak juga, bola kini di gelanggang bangsa Johor. Say ‘NO’ to DAP.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 9/3/2022

Siri Analisis PRN Johor

  


3 comments:

Anonymous said...

kaduk ni kan yang merayu rayu minta maaf fasal fitnah. tak pe la yang nak jawab kau juga nanti.

Anonymous said...

Dap kaduk, parti liberal api dalam sekam. Jangan beri muka. Nanti lingkop harta tabung haji.

Anonymous said...

Tahniah kelantan dan trengganu. No more judi dan arak. Liberal layu dengan kaduk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails