Saturday, March 12, 2022

Bubar Parlimen bergema di UMNO Johor

 

Laungan ‘bubar Parlimen’ bersahutan di ibu pejabat UMNO Johor, selepas BN dikatakan melakar kemenangan dua pertiga, menerusi keputusan tidak rasmi. Foto NSTP

SEDILI (N36)
BARISAN NASIONALMUSZAIDI BIN MAKMOR
5679
PAKATAN HARAPANTOK MAT KHAIRI
0
PARTI PERIKATAN NASIONALABANG HASNOL
0
MAHKOTA (N29)
PARTI PERIKATAN NASIONALMOHAMAD NOR LINGAN
0
PARTI WARISAN SABAHMOHAMED NOOR BIN SULEIMAN
0
PAKATAN HARAPANTAQIUDDIN CHEMAN
0
BUKIT PASIR (N08)
BARISAN NASIONALMOHAMAD FAZLI BIN MOHAMAD SALLEH
6048
PARTI PERIKATAN NASIONALIQBAL RAZAK
5850
PAKATAN HARAPANELIA NADIRA
4676

JOHOR BAHRU: Laungan 'bubar Parlimen' terus bersahutan di ibu pejabat UMNO Johor, selepas Barisan Nasional (BN) dikatakan melakar kemenangan dua pertiga, menerusi keputusan tidak rasmi.

Gesaan dalam kalangan dipercayai penyokong dan ahli UMNO itu tercetus apabila Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sedang bergerak untuk ke pentas utama.

Meski dihimpit dengan laungan sedemikian, Ismail Sabri yang dikelilingi pengawal keselamatan dilihat sekadar tunduk membisu, tanpa memberikan sebarang perhatian terhadap kumpulan terbabit.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menggesa supaya Perdana Menteri mengambil keputusan segera dengan membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Percaturan itu dikatakan bertepatan dengan masanya, memandangkan sentimen dalam kalangan rakyat dipercayai memihak kepada UMNO dan BN, susulan kemenangan bertali arus menerusi beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails