Friday, July 16, 2021

Rogol 7 (iii): 2 saksi terlindung selesai..

 

(Gambar fail) Choo Kiong (kanan) ketika hadir di Mahkamah Tinggi di Ipoh pada April lalu. - FOTO BERNAMA

IPOH: Dua saksi terlindung, termasuk mangsa kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, selesai memberi keterangan secara tertutup di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Mangsa mula memberi keterangan pada petang Selasa lalu dan selesai pada tengah hari semalam.

Saksi terlindung yang kedua pula mula memberi keterangan, petang semalam dan selesai pada pagi tadi dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed.

Mahkamah kemudian menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 16, 17 dan 18 Ogos serta 28 September depan untuk mendengar keterangan saksi lain.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Perak, Azlina Rasdi, dan Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi serta Mohd Fitri Sadarudin, manakala pasukan pembelaan terdiri daripada Datuk Rajpal Singh, Salim Bashir dan Phang Yong Nur Sarah.

Kedua-dua saksi terlindung berkenaan memberi keterangan secara tertutup mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009 yang hanya boleh dilihat hakim.

Pihak pendakwaan dan peguam hanya mendengar suara saksi terlindung berkenaan tanpa melihat mereka ketika memberi keterangan.

Mahkamah telah mendengar keterangan 16 saksi pada perbicaraan itu yang bermula 5 April lalu.

Choo Kiong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia, di kediamannya di Meru Desa Park, di sini, antara jam 8.15 hingga 9.15 malam 7 Julai 2019.

Sebelum ini, kes itu disebut di Mahkamah Sesyen tetapi pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Choo Kiong didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. – BERNAMA

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja...  Rogol 7 (ii): ADUN DAP Tronoh, 2 saksi beri keter... Rogol 7 (iii): 2 saksi terlindung selesai..

2 comments:

Anonymous said...

Dah terlibat dgn rogol, sapa yg gagal sebenarnya.

Anonymous said...

Alhamdullillah. Setakat ni tiada kes mahkamah utk pas. Semoga wakil pas jaga amanah. Islam dan rakyat msia mahukan pemimpin yg bersih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails