Thursday, July 15, 2021

1:25 Kanser berkait alkohol. Islam baik haramkan arak.

 

1 daripada 25 kes kanser global berkait alkohol - Kajian

PARIS: Empat peratus daripada semua kes baharu kanser global dikaitkan dengan pengambilan alkohol, menurut kajian yang diterbitkan semalam.

Justeru, penyelidik segera mengingatkan supaya orang ramai berhati-hati dengan risiko berkenaan.

Golongan lelaki menyumbang lebih tiga perempat daripada kes yang dianggarkan, terutama berkaitan mengambil alkohol secara berlebihan, meskipun satu daripada tujuh kes dikaitkan dengan pengambilan sederhana sekitar dua kali sehari.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal onkologi The Lancet, menganggarkan, terdapat lebih 6.3 juta kes di seluruh dunia pada tahun lalu berkaitan mulut, farinks (hujung kerongkong), larinks peti suara, esofagus, usus besar, rektum, hati dan kanser payudara yang semuanya mempunyai kaitan dengan alkohol.

Penyelidik juga menggunakan pilihan data mengenai penjualan, pengeluaran, cukai dan pengambilan alkohol bagi menganggarkan berapa ramai orang mengambil minuman itu setiap hari di negara di seluruh dunia pada 2010, dengan memberikan tempoh satu dekad untuk melihat kesan kepada kemungkinan berlaku kes kanser.

Mereka menganggarkan, kira-kira empat peratus (741,300) daripada semua kes baharu kanser pada tahun lalu dikaitkan dengan pengambilan alkohol dengan lelaki menyumbang 77 peratus (568,700 kes) daripada jumlah itu, manakala wanita pula 23 peratus.

Kajian juga mendapati, jumlah kes kanser baharu berkaitan pengambilan alkohol sangat berbeza di seluruh dunia, dengan kadar tertinggi dilihat di Asia Timur, Eropah Tengah dan Timur, namun paling terendah di Afrika Utara dan Asia Barat.

Sebilangan besar kes berkaitan alkohol dianggarkan di Mongolia, China, Moldova, dan Romania, manakala yang paling rendah di Kuwait, Libya dan Arab Saudi.

Bahagian lain dunia pula merekodkan jumlah wanita paling tinggi dianggarkan menghidap kanser berkaitan alkohol yang baharu di Belarus, Romania, Russia, Australia, New Zealand dan Eropah Barat.

Kanser esofagus (189,700 kes), hati (154,700) dan payudara (98,300) adalah yang paling biasa.

"Kita perlu meningkatkan kesedaran mengenai kaitan akibat pengambilan alkohol dan risiko kanser dalam kalangan pembuat dasar dan masyarakat umum," kata penulis kajian Harriet Rumgay dari Badan Penyelidikan Kanser Antarabangsa di Perancis dalam kenyataan medianya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim1:25 kanser berkait alkohol. Islam baik, kerana itu haramkan  najis arak kencing syaitan, yang merosakkan manusia.. Melayu/Islam dalam DAP tidak bantah arak, kerana DAP parti anti Islam di Malaysia. 

PRU 15 masih ada yang sokong DAP/PH, berbai'ah Lim Guan Eng sebagai imam(pemimpin) mereka, hingga ke akhirat? Mengapa tidak panggil syaitan  itu jadi imam solat mayat kaum keluarga mereka yang meninggal dunia?


Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja...  Rogol 7 (ii): ADUN DAP Tronoh, 2 saksi beri keter...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails