Tuesday, July 13, 2021

COVID-19: Arab Saudi iktiraf Sinovac -Dr Zulkifli

 

Individu yang menerima dos vaksin Sinovac boleh memasuki Arab Saudi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Arab Saudi membenarkan individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac keluaran China, memasuki negara itu.

Mengumumkan perkembangan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Arab Saudi menyenaraikan vaksin berkenaan sebagai antara yang diterima sebagai syarat kemasukan ke negara itu.

"Alhamdulillah, Arab Saudi menyenaraikan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

"Sampaikan (keputusan itu) kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

"Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT," katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

Selain Sinovac, Arab Saudi turut menyenaraikan satu lagi vaksin COVID-19 buatan China iaitu Sinopharm.

Sebelum ini, Arab Saudi hanya menerima empat vaksin COVID-19 iaitu keluaran Pfizer BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja.

Ia adalah prasyarat wajib yang diputuskan kerajaan Arab Saudi bagi bakal jemaah yang berhasrat ke Tanah Suci.

Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.

Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.

...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails