Monday, July 12, 2021

Bicara kes rasuah Guan Eng, didengar esok. Padan..

 

Dimuat naik oleh: Raja Petra Kamarudin30 Mei 2021
ADA KE KES JENAYAH GUAN ENG SENGAJA DILAMBATKAN UNTUK MENGGAGALKAN UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PERDANA MENTERI? ORANG DALAMAN BERKATA DAP AKAN SOKONG UNDI TAK PERCAYA UMNO TERHADAP MUHYIDDIN YASSIN 

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menghadapi empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu, akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini, esok.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, hari ini, menolak permohonan Guan Eng supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Muhammad Jamil dalam penghakimannya, berkata sebarang persoalan undang-undang boleh ditangani dan diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.

"Hakim Mahkamah Sesyen mempunyai kelayakan undang-undang dan sangat berpengalaman untuk membicarakan kes terhadap pemohon.

"Hakim Mahkamah Sesyen juga mempunyai kebolehan dan mampu menangani sebarang persoalan undang-undang yang berbangkit.

"Mahkamah mendapati pemohon gagal mematuhi Seksyen 417(1)(d) Kanun Acara Jenayah. Sehubungan itu, notis pemohon ditolak," katanya.

Sebaik mendengar keputusan itu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng memohon mahkamah membenarkan penangguhan kes di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, berkata pihaknya sudah menyusun saksi untuk perbicaraan pada minggu ini.

"Saksi ini bukan datang dari Selangor dan Negeri Sembilan, sebaliknya dari Pulau Pinang," katanya.

Mahkamah kemudian menolak permohonan pengangguhan prosiding kes di Mahkamah Sesyen.

Sehubungan itu, perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi akan didengar esok.

Khamis lalu, Guan Eng memfailkan permohonan supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Gobind Singh Deo & Co.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Guan Eng dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR di sini, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan dan lima tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta suapan iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah bagi melakukan perkara yang dicadangkan iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan berkenaan dilantik untuk projek sama.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, antara 12.30 pagi hingga 2 pagi.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 16 Akta SPRM yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Moga-moga ghuyup terus PH dan DAP anti Islam dari bumi Malaysia ini, bukan setakat 22 bulan sahaja. Kerana.... mengkhianati keprihatinan rakyat negara ini apabila jelas terbukti..

Al-hamdulillh juga, kita memiliki kerajaan yang prihatin rakyat, bukan kerajaan PH tak cerdik, contohnya, 'tebang sawit tanam buluh'.. 

Bukan kerajaan yang melahirkan pemimpin kapitalis, berkawan dengan penyamun-penyamun antarabaangsa, merampas hak rakyat tertindas.

Al-hamdulillah, semoga Allah terus selamatkan negara Malaysia terinta ini.

Kesian, balaci parti anti Islam dapat apa? Dapat umpan mata kail? Padan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails