Monday, July 12, 2021

e-Sukan bantu kerajaan jaya kempen duduk di rumah

 

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: 
Aktiviti sukan secara atas talian kini menjadi tumpuan belia sesuai dengan perubahan zaman dan mengambil kira situasa semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik Covid-19.

Exco Belia, Sukan dan NGO Wan Roslan Wan Hamat berkata, kerajaan negeri menyifatkan perkembangan e-Sukan sekarang bukan sahaja mengisi masa lapang, malah ia juga mampu memberi masa depan yang cerah di samping pembelajaran di sekolah.

“Zaman ini berbeza dengan zaman dahulu, sekarang penuh dengan kecanggihan sehingga sukan pun kita boleh bermain di komputer dan telefon canggih, jadi pada hari ini kita bersama U-Bes dalam cabaran e-Sukan.

“Dalam suasana pandemik dihalang pergerakan dan pergerakan agak terhad, tetapi alhamdulillah pencetus program e-Sukan banyak masa terluang kita dapat penuhkan,” katanya.

Menurutnya juga ketika semua aktiviti sukan masih ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, namun sukan atas talian dapat diadakan bagi membantu kerajaan untuk menjayakan kempen duduk di rumah.

Cabaran e-Sukan U-Bes 2.0 tersebut dianjur Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO melalui Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes).

Sementara itu Pengarah U-Bes Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, cabaran e-Sukan tersebut mempertandingkan empat kategori bagi menggalakkan anak-anak muda mengisi masa terluang ketika berada di rumah.

Ia melibatkan e-Sukan seperti Valorant, PUBG Mobile, Magic Chess dan Mobile Legends. Ia melibatkan penyertaan seramai 1,580 dengan hadiah pertandingan ditawar bernilai RM12,800 yang diperuntukkan kerajaan negeri.

Beliau berkata, cabaran itu bermula sepanjang Julai ini, dengan empat kategori eSukan dan menawarkan pelbagai aksi peserta yang mampu ditonton di laman media sosial, Urusetia Belia dan Sukan secara langsung.

“Saya mengucap terima kepada kerajaan negeri kerana memberi peluang belia dan beliawanis untuk terlibat dalam cabaran tersebut walaupun dalam suasana pandemik.

“Kita dapat jumpa secara maya dengan menyertai pertandingan secara sihat dan menepati kehendak agama. Itu pun kita terpaksa menghadkan penyertaan kerana di luar kemampuan, nanti satu masa nanti kita boleh buat karnival untuk menghimpunkan pemain eSukan untuk beraksi di alam maya,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/7/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillh, kita memiliki kerajaan yang prihatin rakyat, bukan kerajaan PH tak cerdik 'tebang sawit tanam buluh'.. Bukan kerajaan yang melahirkan pemimpin kapitalis, berkawan dengan penyamun-penyamun antarabaangsa, merampas hak rakyat tertindas.

Al-hamdulillah, semoga Allah terus selamatkan negara Malaysia terinta ini.

Kesian, balaci parti anti Islam dapat apa? Dapat umpan mata kail?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails