Tanah kerajaan P. Pinang diberi kepada syarikat swasta sebagai ‘balasan’ kerja
Bekas Exco Pulau Pinang Datuk Lim Hock Seng, 73, berkata mesyuarat itu yang dipengerusikan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 11 Dis 2014, telah meluluskan pemberimilikan lot 702 di Bandar Tanjung Pinang, Daerah Timur Laut di negeri itu kepada syarikat berkenaan.
Hock Seng berkata CZBUCG kemudian menamakan lot berkenaan kepada sebuah syarikat bernama Ewein Zenith Sdn Bhd yang dimiliki individu bernama Datuk Ewe dan lot itu dibangunkan dengan projek mega dikenali City of Dreams.
Hock Seng berkata berdasarkan perjanjian awal dimeterai antara Kerajaan Negeri dan CZBUCG, syarikat itun berhak untuk menamakan Ewein Zenith sebagai pihak yang akan menjadi pemilik tanah sebagai balasan kerja-kerja yang dilaksanakan CZBUCG.
Saksi pendakwaan ketiga itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin pada hari keempat perbicaraan kes rasuah Lim yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu.
Wan Shaharuddin: Datuk, ada dengar tak City of Dreams, Penang? Adakah bangunan itu dibina di atas lot 702?
Hock Seng: Ya. Betul
Ketika ditanya mengenai bangunan itu, Hock Seng berkata beliau tidak tahu mengenai ketinggian bangunan itu tetapi beliau tahu ia adalah blok berkembar.
Wan Shaharuddin: Datuk, lot 702 itu reclamation land (tanah tebus guna) ke?
Hock Seng: Ya.
Mengenai kos RM75,000 yang dibayar kepada Firma Lee Hishamuddin Allen & Glendhill untuk penyediaan perjanjian awal antara Kerajaan Negeri dengan CZBUCG, saksi itu berkata pihaknya tidak menggunakan Penasihat Undang-Undang Negeri kerana Kerajaan Negeri memerlukan perjanjian awal itu didraf secepat mungkin.
Wan Shaharuddin: Sekiranya, Penasihat Undang-Undang Negeri terlibat dalam penyediaan perjanjian awal, Kerajaan Negeri dapat menjimatkan wang sejumlah RM75,000?
Hock Seng: Ya, betul ia akan menjimatkan, tetapi ia akan ambil masa yang agak lama untuk menyediakan perjanjian awal berkenaan.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.
Lim didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara pukul 12.30 tengah malam dan pukul 2 pagi pada Mac 2011.
Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 16 Ogos ini. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian, balaci Melayu-Islam kerja kuat dapat apa untuk agama dan negara?
Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..
Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi. Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan. Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di India. Rogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me... Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita... Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi. Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 7 (ii): ADUN DAP Tronoh, 2 saksi beri keter... Rogol 7 (iii): 2 saksi terlindung selesai..
No comments:
Post a Comment