Wednesday, July 14, 2021

Wajib Tutup Muka, Dalam Pengangkutan Awam London.

 

Khan meminta pemakaian pelitup muka kekal diwajibkan ke atas penumpang pengangkutan awam di London. - Foto AGENSI

LONDON: Datuk Bandar London, Sadiq Khan meminta pemakaian pelitup muka kekal diwajibkan untuk penumpang pengangkutan awam di ibu negara Britain selepas kerajaan merancang untuk melonggarkan peraturan keselamatan COVID-19 pada 19 Julai ini.

Di bawah rancangan itu, penumpang perkhidmatan komuter Transport for London (TfL), merangkumi bas, trem dan kereta api di bandar dikehendaki memakai pelitup muka selepas syarat di seluruh England berakhir berdasarkan rancangan yang ditetapkan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson.

"Saya berulang kali menjelaskan bahawa pilihan paling mudah dan paling selamat adalah bagi kerajaan untuk mengekalkan syarat memakai pelitup muka dalam pengangkutan awam," kata Khan dalam satu kenyataan.

"Saya tidak bersedia untuk meletakkan warga London, termasuk pemulihan bandar ini dalam risiko. Inilah sebabnya selepas mempertimbangkan dengan teliti, saya memutuskan untuk meminta TfL mengekalkan syarat bagi penumpang untuk memakai pelitup muka di semua perkhidmatannya," katanya.

Johnson dan Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid sebelum ini memaklumkan peraturan keselamatan COVID-19 antaranya berhubung pemakaian pelitup muka akan dimansuhkan pada 19 Julai ini.

Bagaimanapun, langkah itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan saintis yang mengingatkan keputusan yang dibuat itu terlalu cepat dan akan menyebabkan berlaku peningkatan semula kes COVID-19 secara dramatik.

"Dengan memakai pelitup muka, kami memberi jaminan dan keyakinan kepada warga London dan pengunjung untuk memanfaatkan sepenuhnya apa yang ditawarkan di bandar ini, di samping melindungi pekerja sektor pengangkutan awam," kata Khan. - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails