Monday, February 08, 2021

Tiada kompromi terhadap penjenayah. Bukan macam di bawah PH?

 

Pegawai JAS Selangor menjalankan siasatan dan persampelan sisa kimia pada tong yang dibuang di rizab Sungai Langat, di Taman Seri Reko, Kajang. - Foto JAS

Suspek kes buang sisa kimia di rizab Sungai Langat diberkas

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dengan kerjasama polis memberkas suspek yang disyaki terbabit dalam kes pembuangan haram sisa kimia di rizab Sungai Langat, Taman Seri Reko, Kajang, Selangor pada 3 Februari lalu.

Ketua Pengarah JAS, Norlin Jaafar yang memaklumkan perkara itu dalam kenyataan malam tadi bagaimanapun tidak menyatakan jumlah suspek diberkas pihak berkuasa itu semalam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat risikan, JAS Selangor menemui sebuah lori tiga tan disyaki digunakan dalam aktiviti itu yang nyaris menyebabkan Sungai Langat tercemar dan lori itu disita untuk siasatan lanjut.

Katanya, kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk mendakwa suspek mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang sabit kesalahan boleh dipenjara mandatori dan didenda tidak melebihi RM500,000.

Kenderaan yang disyaki terbabit dalam insiden. - Foto JAS

"Saya merakamkan penghargaan kepada orang awam yang melaporkan kejadian ini dan sebarang aduan pencemaran perlu dilaporkan terus ke talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727 atau e-mel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

"Saya menegaskan JAS sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar," katanya.

Pada 3 Februari lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam kenyataan turut memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan lanjut berikutan penemuan tong berisi bahan buangan berjadual yang berpotensi menjadi punca pencemaran sungai.

Kerajaan Selangor juga tidak akan berkompromi dengan cubaan mensabotaj bekalan air dengan penemuan 19 tong bahan kimia di tepi Sungai Langat berhampiran Taman Sri Reko, Kajang itu, malah Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kegiatan jenayah itu perlu diperangi demi kesejahteraan hidup rakyat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pula berkata 19 tong bahan kimia dipercayai bahan alkali itu ditemukan dibuang dalam keadaan terbaring berhampiran sungai berkenaan.

Pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat 13 tong berisi 200 liter bahan kimia, manakala enam tong mengandungi 25 liter bahan sama. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kini dibawah kerajaan PN bukan kerajaan PH. Terimakasih dan tahniah kepada orang awam yang melaporkan kejadian ini.

19 comments:

Anonymous said...

Pub dan Kelabu malam boleh dibuka sehingga 10 mlm oleh kerajaan PN......patut covid mengganas..

Ada lobai2 pas kisah?..

Judi tambah banyak cabutan...lobai Pas tak setuju?...

Pas marah dlm hati kata ketua Dewan ulamak...

Anonymous said...

Ha ha dah jangka. Fitnah early morning.

Anonymous said...

Ko ketinggalan bas tak tau ape2..

Pegi masjid tak boleh ramai..yg mengaji di masjid kena saman..

Pegi pub dan kelab malam nak mabuk2 boleh....

Ada lobai peduli?...tembolok dah penuh....dulu suruh tutup kedai ekor dan toto...haram...sekarang senyap dan bisu....

Marah dlm hati...

Alahai lobai dan walaun bongok.....

Anonymous said...

Aku tak faham orang yang nak kritik keputusan MKN untuk benarkan pub dan kelab malam beroperasi sehingga 10 malam. Sebenarnya ini adalah untuk kebaikan semua pihak dan bagi menunaikan apa yang rakyat minta selama ini.

Contoh pertama, kita tak dibenarkan makan di kedai makan. Kalau nak beli makanan cuma boleh tapau sahaja. Jadi apa salahnya kalau kita order makanan di kedai makan, kemudian bawa makanan itu ke pub ataupun kelab malam dan makan di situ.

Keduanya, ada kes di mana ahli jemaah surau yang disaman kerana melepak minum di luar surau selepas menunaikan solat. Jadi selepas ini, lepas balik surau, boleh terus ke pub atau kelab malam dan lepak minum di situ. Pasti tidak disaman sebab pub dan kelab malam dibenarkan beroperasi.

Kerana pub dan kelab malam memang bukan tempat makan. Ianya tempat orang duduk melepak sambil minum dan 'menikmati' muzik. Mana ada orang pergi ke pub atau kelab malam untuk tapau makanan atau minuman!

Kalau MKN berikan kebenaran untuk pub dan kelab malam beroperasi, bermakna mereka juga benarkan orang melepak di dalam tempat itu.

Jadi kalau kita rasa gian nak lepak mamak, kena amalkan norma baru lepak di pub dan kelab malam pula. Cuma kena beli teh tarik dan roti tampal dari kedai mamak la...

Baik, 'kan kerajaan ini? Mereka tunaikan permintaan rakyat secara diam-diam. Inilah kerajaan Melayu Islam yang terbaik di seluruh cakrawala.

Raja Gelap

Anonymous said...

Ajak lobai dan walaun sekali lepak di pub atau kelab malam...dibenarkan..

Anonymous said...

Mula2 umum SOP makan besar Tahun baru cina tak boleh dari rumah kain..

Kema gertak dgn Abang Long MCA 2 kelusi terus kecut telor....boleh makan besar hingga 15 orang...

Mlm bileh mabuk di pub..

Kikikikikik..

Ada lobai berani?..

Anonymous said...

Waraq kamu.

Unknown said...

Kalau nak komen dan menyindir pun baca dulu apa syarat yg MKN tetapkan pada keab dan pub utk beroperasi, dah jadi taraf kedai mamak je premis ni.

Samalah masa menteri wilayah benarkan perarakan thaipusam, semua marah dan melenting sebab baca tajuk je...
Janganlah sombong sangat

Anonymous said...

Ini contoh rakyat yg boleh dok dlm majlis mufti utk keluarkan fatwa baru. Mufti yg ada boleh letak jawatan.

Anonymous said...

Itu kan tempat mabuk..boleh plak..

Anonymous said...

Kalau pub boleh kenape restoran tak boleh ?..bukankah sop boleh dibuat?..tapau je boleh..

Anonymous said...

Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ada menyarankan penakrifan baharu rasuah dengan memberi contoh sumbangan kepada orang ramai bukan rasuah, namun adakah sumbangan dengan tujuan meraih sesuatu habuan bukan rasuah? Apakah Presiden Pas tidak sedar derma juga telah ditakrifkan sebagai rasuah di dalam Akta SPRM 2009? Jika Akta tersebut masih belum cukup Islamik, eloklah Pas membawa usul persendirian meminda Akta tersebut sepertimana perjuangan meminda Akta 355 yang sudahpun layu. Di samping itu, apakah tindakan Pas yang menyokong Dato’ Seri Najib Razak yang telah dihukum bersalah adalah mengikut ajaran Baginda Nabi?

Di mana Islam Pas sekarang, jika cabutan khas judi meningkat dari 8 ke 22 kali setahun, Kempen Beli Barangan Muslim (BMF) tidak diangkat polisi ekonomi negara dan kes-kes maksiat semakin mengancam hidup orang Islam negara ini. Justeru, persoalan di benak rakyat adakah Islam Pas suatu perjuangan Baginda Nabi atau sekadar candu politik?

Anonymous said...

Bukankah jawatan Haji Hadi satu bentuk ‘rasuah’ dalam Islam?

Anonymous said...

Satu lagi siri fitnah. Fitnah 90 juta gagal. Siri2 berikut diharapkan gagal juga.

Unknown said...

Aku tak nak mencarut, tapi hang baca tak apa syarat yg MKN kenakan utk depa beroperasi... Yang seronok sangat buat fitnah ni kenapa? Hang tak percaya ke fitnah fitnah dan tuduhan tanpa siasa ni Allah akan tanya nanti?

Anonymous said...

Dalam pub, mana ada penjarakan sosial. Berkepit lg ada la..

Dlm masjid yg terang2 kena jarakkan saf, pun kena sekat jgk.

Terbaik lebai jadian! Bayangkan kalo yg jd menteri agama skrg ialah mujahid yusuf rawa, dah lunyai kena maki..kah355x!

Anonymous said...

Sapa ckp 90 juta tu fitnah?? Yg geng lebai jadian gi jumpa minah mat saleh smpi london tu apehal???

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2019/02/526810/hadi-rewcastle-brown-selesai-kes-luar-mahkamah

Anonymous said...

Anwar cakap pas bayar kpd SR untuk setel luar mahkamah dgn SR.....anwar cabar pas saman kalo fitnah...pas tak de telor takut saman..

Anonymous said...

Dgn kaki liwat buat kira

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails