Monday, February 08, 2021

RUU 355 belum dibahas, tergantung kerana pertukaran kerajaan. -Prof Madya Dr Shanrahayu.

 

Segerakan pemerkasaan pentadbiran keadilan syariah. 

SEMALAM, Ahad, 7 Februari 2021, saya dihubungi beberapa orang wartawan mengajak saya berkongsi pandangan berkenaan RUU355. Sejak akhir-akhir ini terdapat pihak yang menggesa Ahli Parlimen PAS mengemukakan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai Akta 355.

Pada 26 Mei 2016, Ahli Parlimen Marang telah membentangkan, pada pertama kali, suatu Rang Undang-undang bagi meminda Akta 355, yang kemudiannya terkenal dengan panggilan RUU355. Perbahasan cadangan pindaan tersebut telah ditangguhkan dan versi penambahbaikan telah dibentangkan pada November 2016 dan April 2017. Sehingga itu, RUU itu belum dibahaskan dan pihak kerajaan pada ketika itu belum memutuskan versi sebenar RUU. Maka ia menjadi tergantung kerana pertukaran kerajaan. 

Pokok perkara yang saya mahu kongsi di sini adalah penambahbaikan kepada pentadbiran keadilan di Mahkamah Syariah, dan RUU355 atau pindaan kepada Akta 355 adalah salah satu cara yang difikirkan baik pada ketika itu oleh pihak berkaitan. Namun, oleh kerana perancangan tidak begitu teratur dalam memperkenalkan RUU355 tersebut, ia telah menyebabkan penerimaan berbelah bahagi dalam kalangan masyarakat Islam dan juga bukan-Islam.

Sepanjang ingatan saya, ekoran daripada cadangan pindaan kepada Akta 355 tersebut, kerajaan pada masa itu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memperkemas sistem pentadbiran keadilan syariah. Cadangan penambahbaikan pentadbiran keadilan itu melibatkan dua peringkat jawatankuasa, iaitu, Jawatankuasa Pemandu Memperkasa Mahkamah Syariah (2017) dan Jawatankuasa Utama Memperkasa Mahkamah Syariah. Selain daripada dua jawatankuasa ini, terapat tujuh kluster berkaitan telah ditubuhkan, iaitu Kluster RUU355; Kluster Pengharmonian Undang-undang; Kluster Pendidikan Undang-undang; Kluster Pengurusan dan Penstrukturan Mahkamah; Kluster Latihan Hakim dan Pegawai Syariah; Kluster berkaitan Peguam Syarie; dan Kluster berkaitan Pendakwaan Syariah. 

Tujuan jawatankuasa dan kluster ini ditubuhkan ialah bagi membolehkan usaha pemerkasaan ini dilaksanakan secara holistik atau menyeluruh. Ini kerana penambahbaikan yang tidak sekata ke atas agensi atau aspek berkaitan tidak membolehkan sistem bergerak secara efektif. Bagi pihak kerajaan pula, penubuhan jawatankuasa tersebut menunjukkan bahawa kerajaan pada ketika itu serius dalam usaha memperkasa Mahkamah Syariah. Ia juga menjadi bukti komitmen dalam memperkasa Mahkamah Syariah agar pemerkasaan tersebut mengambil kira semua aspek berkaitan pentadbiran keadilan syariah, bukan sekadar hal ehwal jumlah atau tahap hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah.

Suka saya kongsi dengan para pembaca sekalian bahawa pada 13 Ogos 2020, laporan berita Bernama merakamkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai Agama Islam menyatakan bahawa penstrukturan semula mahkamah sedang diusahakan dengan mengambil perhatian mengenai kedudukan Islam sebagai urusan negeri yang berada di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan. 

Walau apa pun, saya fikir tanggungjawab memperkasa Mahkamah Syariah atau pentadbiran keadilan syariah adalah tanggungjawab semua pemimpin tidak mengira parti politik. Ia adalah tanggungjawab mereka yang menjadi menteri atau mereka yang tidak menjadi menteri. Ini kerana Islam itu adalah milik semua walaupun tanggungjawab yang lebih besar adalah ke atas semua Ahli Parlimen yang memegang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri berkaitan agama. 

Dengan itu, hal berkaitan pentadbiran keadilan Islam ini tidah menjadi bahan politik mana-mana pihak. Islam adalah hak dan tanggungjawab bersama. Jangan mempolitikkan isu ini dengan menuding jari kepada mana-mana pihak. Kepada Ahli Parlimen beragama Islam, berundinglah dengan baik secara bersama dalam hal pentadbiran keadilan Islam dan ambillah tanggungjawab secara bersama, jangan perli memperli antara satu sama lain.

Justeru, para Ahli Parlimen, terutamanya mereka yang beragama Islam adalah diharapkan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan menubuhkan satu atau dua pasukan yang memfokus kajian dan usaha ke arah penambahbaikan dan pemerkasaan pentadbiran keadilan syariah. Sekurang-kurangnya usaha sebelum ini perlu diteruskan kerana usaha yang pernah dilakukan itu adalah bukan sahaja bagi manfaat umat Islam, tetapi pentadbiran keadilan yang merangkum seluruh warga Malaysia. Selamat berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

PROF. MADYA DR. SHAMRAHAYU AB AZIZ
Penyandang Kursi Intitusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi MARA – HARAKAHDAILY 8/2/2021

19 comments:

Anonymous said...

Ni prof kangkong sm level dgn kamarulzaman yusof.

Keje nak membongak walaun yg dah sedia bahlol. Kalo dari 2016 tu tertangguh bererti apa? xmau laksanakan la tu!

Walaun badigol apa lg, meratip salahkan phdap..berapa punya lahabau daa..

Anonymous said...

Semua yg x sokong PH dikangkungkan

Anonymous said...

Kah kah kah 355x!

Anonymous said...

nie lg bengong

Anonymous said...

Keh keh keh keh keh 355x!

Anonymous said...

Aku pun nak join..

Kih kih kih kih kih 355x!

Anonymous said...

korang sekadar jd mangkok

Anonymous said...

Semoga berjaya. Kik kik kik x355.

Anonymous said...

Ni yg paling ditakuti oleh abam. Dendanya lebih berat. Bukan setakat bayar rm seribu.
Tompang sekaki. Keh keh keh x355.

Unknown said...

Salah tu Prof, islam tanggung jawab pas sahaja, kami yg lain tukang maki, komplen, fitnah dan caci je, lagi satu tugas kami puji dan sanjung DAP atuk lim

Anonymous said...

Sapa pgg kuasa skrg?

Hudud sm ruu355 apa citer??

Anonymous said...

Keh keh keh x355. khadam tanya pasal 355. Sentot.

Anonymous said...

Bodoh punya soalan budak SPM blh jawab

Anonymous said...

PH terutama PAN tunggu PRU 15 akan terhumban

Anonymous said...

Pan @ parti kuali pasti gumbira jika ruux355 gagal. Ulamak pan lari dari pas untuk berbakti kepada dap. Keh keh keh X355.

Anonymous said...

Koh koh koh koh koh 355x!

Anonymous said...

kesiam

Anonymous said...

Prof undang2:kangkong menjalar dimana Ada air kalau air kumbahan lagi subur..

Anonymous said...

Sapa pgg kuasa skrg??

Lebai buat apa kalo setakat mencekik gaji buta??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails