Tuesday, February 09, 2021

Janda dicekup khalwat di rumahnya, dengan bukan Islam..

 

Wanita yang dicekup berkhalwat dengan lelaki bukan Islam di rumahnya di Taman Wira Mergong, di sini disoal siasat anggota penguat kuasa JAIK. - Foto JAIK

Lelaki itu tidak ditahan kerana bukan Islam.. 

ALOR SETAR: Seorang wanita memberi alasan mahu menjaga rakan lelakinya yang demam, ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) kerana disyaki berlakunya maksiat.

Dalam serbuan jam 11.40 malam tadi, lelaki berusia 29 tahun itu bukan beragama Islam ditemui berada dalam rumah wanita berusia 31 tahun di Taman Wira Mergong, di sini.

Ketika serbuan dilakukan, seorang kanak-kanak berusia lima tahun dipercayai anak wanita itu yang juga berstatus janda turut berada dalam rumah berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan dilakukan anggotanya yang diketuai Nasir Mat Dali itu berdasarkan maklumat awam yang diperoleh.

Beliau berkata, ketika disoal, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri menyebabkan wanita itu ditahan kerana disyaki berkhalwat.

"Lelaki itu bagaimanapun tidak ditahan kerana bukan Islam dan hanya diambil keterangan.

"Wanita itu yang berniaga secara dalam talian ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014," katanya ketika dihubungi hari ini.

Radzi berkata, sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, laporan polis turut dilakukan untuk memaklumkan laporan tangkapan berhubung kes berkenaan. (IH)


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-126: Kampung Janda Di Dunia..

BERITA BERKAITAN

3 comments:

Anonymous said...

Hudud dan ruu355 apa citer??

Anonymous said...

Dok ulang pende tule padahal mung sendiri faham jln cerutenya

Anonymous said...

Hudud sm ruu355 apa citer?

Sapa pgg kuasa skrg?

Setakat mentekedarah mkn duit rakyat pastu jual agama, benti je la dari jadi org.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails