Monday, February 08, 2021

Ladang solar di Marang, al-hamdulillah! Bukan terowong tuang duit bawah laut..

 

Ladang solar terbesar negara dibina di Marang

KUALA LUMPUR: Coara Solar, pelopor dalam bidang pembangunan dan pembinaan projek solar di Malaysia, dengan bangganya berjaya mengumumkan penutupan akaun kewangan tahunan dan permulaan pembinaan ladang Coara Marang Solar.

Pada bulan Jun 2020, Pengarah Coara Marang, Susan Hemming, telah menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) selama 21 tahun dengan utiliti elektrik terbesar di negara ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB). 

Coara Marang juga telah memperoleh kemudahan bantuan kewangan daripada Malayan Banking Berhad (Maybank), salah satu bank terbesar di Asia Tenggara dan penyokong tegar projek-projek tenaga boleh diperbaharui. 

Projek 116 Megawatt (MWp) dikembangkan bersama rakan kongsi Coara dari Jerman, Ibvogt, pada pusingan ketiga rancangan Solar Skala Besar (LSS3) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia pada tahun 2019.

Ia sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan campuran tenaga boleh diperbaharui negara dari 2 peratus ke 20 peratus menjelang tahun 2025. 

Loji jana kuasa yang terletak di Marang, Terengganu, timur laut Semenanjung Malaysia dan seluas 245 hektar itu akan menggunakan teknologi dwifungsi kelas tinggi yang dipasang pada pelacak paksi tunggal untuk mencapai kecekapan pengeluaran tenaga maksimum. 

Sekiranya projek ini beroperasi pada Q1, 2022, Coara Marang Solar Project ini akan menghasilkan sekitar 230 GWh tenaga bersih setahun dan mengelakkan lebih dari 170,000 tan pelepasan CO2 setahun.

Permulaan pembinaan ladang solar Coara Marang telah meningkatkan jumlah pekerjaan tempatan dan akan memberi peluang kepada universiti tempatan di Terengganu untuk mempelajari serta memahami tenaga boleh diperbaharui daripada pelaku industri seperti Coara Solar. 

“Kami di Coara turut berterima kasih atas komitmen dan kerjasama dari Kerajaan Negeri Terengganu dan Terengganu SILICA Consortium Sdh Bhd atas sokongan dan wawasan dalam mengembangkan loji jana kuasa solar berskala besar di rantau ini”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Coara Solar, Harald Hemming. 

Ditubuhkan pada tahun 2012 di Malaysia, Coara Solar adalah pemaju solar khusus dalam pembangunan stesen jana kuasa solar, reka bentuk dan kejuruteraan berskala besar, EPC untuk projek bumbung solar komersial dan industri.

Dengan penyelesaian kejuruteraan kewangan untuk PPA atau pemajakan solar, operasi dan penyelenggaraan serta aset pengurusan. 

Pada tahun 2017, Coara Solar telah membina bumbung solar industri pertama untuk penggunaan sendiri di Kuala Ketil (1.2 MWp) dan pada tahun lalu mengusahakan salah satu bumbung solar industri terbesar untuk penggunaan sendiri dengan 4.5MWp di Janda Baik, Malaysia. 

Coara menghasilkan sistem bumbung PV solar siap guna berkualiti tinggi yang direka dan direkayasa di Malaysia dan Jerman untuk pengguna tempatan dan pelabur di peringkat antarabangsa, bagi penyelesaian khusus untuk pelanggannya yang berpusat di Malaysia dan Asia. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimLadang solar terbesar negara dibina di Marang, Al-hamdulillah.  Semoga tak jadi macam projek terowong tuang duit bawah laut Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Mungkin ada yang diseret ke penjara?

10 comments:

Anonymous said...

PUB di buka dari 6 pagi saampai malam adalah fake news...

Anonymous said...

Jom kawan2...hora horeyy!!

Anonymous said...

Saya tak boleh membaca tulisan China, tulisan Tamil. Tertanya juga saya ahli politik Cina dan India bercakaran ka macam Melayu. Sami Cina dan India bergaduh ka macam ustaz Melayu?



Buka FB scroll, satgi nampak ahli politik Melayu tukar hukum haram jadi halal kemudian dipertahankan penyokong samdol apabila pemimpin mereka ditegur.



Scroll lagi, jumpa pula ustaz bergaduh, ustaz tu tuduh wahabi, ustaz ni tuduh bid'ah.



Apa dah jadi Melayu ni? Nak pupus kot?

Anonymous said...

anon 11 37
tak termasuk sammi buddah yang suruh anak sami cuci bontot setelah sammi berak. kat kuil.

admin letrik kat marang hadee kasi free ke?

Anonymous said...

TAHNIAH kerajaan PN sekali lagi kerana catatkan rekod baru 24 kematian dalam sehari tertinggi dlm negara.


RINA HAMZAH

Malah jumlah kes aktif COVID-19 negara kita terus meningkat naik !!
Jumlah kes aktif ;
▪️ SEBELUM DARURAT: 30,390 kes
▪️ SELEPAS DARURAT: 51,977 kes (peningkatan 71.03%)
Jumlah kes ;
▪️ SEBELUM DARURAT: 141,533 kes
▪️ SELEPAS DARURAT: 245,552 kes (peningkatan 73.5%)
Jumlah kematian ;
▪️ SEBELUM DARURAT: 559 kes
▪️ SELEPAS DARURAT: 896 kes (peningkatan 60.3%)
#DaruratGagal
#PNgagal

Anonymous said...

Selain masalah kebersihan, katanya, beberapa kesalahan lain yang turut dikesan termasuk tidak terdapat penggunaan bahasa Melayu pada produk berkenaan walaupun diproses serta dihasilkan di negara ini.

Pada masa sama, kata beliau, wujud kebimbangan berlaku percampuran daging atau produk makanan berasaskan khinzir dengan ikan tersebut yang turut diproses di kilang sama.

Anonymous said...

Seboleh bolehnya yg bukan ustaz pun tidak berbalah. Lebih2 lagi menghina bangsa sendiri.

Anonymous said...

Layan PH x kemana

Anonymous said...

PAN terpaksa hentam PAS kalo x DAP x bg sumbangan sbb tu mrk pun nak berbaik dgn Atuk

Anonymous said...

Apa yg ko merepek ni syaitann?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails