Sunday, February 07, 2021

PH.. Lihat isu Zakir Naik, Al-marhum Adib, LTTE, PM Interim, Guan Eng, peguam..

 

Rakyat boleh lihat konflik politik dalam Kerajaan PH

KOTA BHARU: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas gagal melaksanakan tanggungjawab sebenar secara profesional serta amanah, malah tindakannya hanya berasaskan kepentingan politik pihak tertentu sahaja.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyifatkan bahawa pandangan dan tuduhan yang dinyatakan oleh bekas Peguam Negara itu di dalam buku terbarunya yang berjudul My Story: Justice in the Wilderness adalah sebuah penghinaan kepada institusi Peguam Negara.

“Rakyat boleh melihat sendiri bagaimana konflik politik undang-undang yang berlaku sewaktu pemerintahan PH terutama melibatkan isu-isu besar seperti kes Zakir Naik, kematian Almarhum Adib, LTTE, kejatuhan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri Interim.

“Pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya boleh dilihat sebagai mekanisme baharu bagi memastikan kes-kes berkepentingan tinggi dapat dibicarakan secara telus dan adil,” katanya.

Ulas beliau, berdasarkan pendedahan tersebut, kerajaan juga boleh mengkaji semula berhubung beberapa kes untuk tujuan semakan termasuk pendakwaah kes bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Bagaimanapun katanya, sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang rela berhadapan dengan kecaman orang Melayu dan pengkritik dilihat sebagai satu keputusan mengundang kemarahan rakyat sehingga menyumbang kejatuhan Kerajaan PH.

Justeru itu, melalui kontroversi berkenaan buku ‘memoir’ yang ditulis Tommy Thomas itu juga adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab baginda dalam tempoh peralihan kuasa dengan seadil-adilnya tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa. – HARAKAHDAILY 4/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat, boleh lihat sendiri celarunya PH. Lihat isu Zakir Naik, Al-marhum Adib, LTTE, PM Interim, Guan Eng, peguam.. dan macam-macam gila lagi.

14 comments:

Anonymous said...

Sapa pgg kuasa skrg??

Titm masih mentaliti pembangkang.

X lama lg dah nk jd pembangkang balik. Sabar ye..

Anonymous said...

PH angan2 melebihi kemampuan

Kau betul aku salah said...

Pas dah jadi parti dikalangan tampuk pemerintahan negara..tapi minda komen macam dia masih pembangkang..sbb tu Pas lebih sesuai jadi pembangkang sahaja selama lamanya. Allah swt dh bagi kuasa punnnn x bleh buat apa..masih suruh kjaan sdangkan pas lah kjaan?

Anonymous said...

Kecik kecik bangang bila besar masuk PAS. Simpan la kebodohan tu sikit.

Anonymous said...

Lagi setahun nak PRU 15, 90% manifesto Pas PRU 14 belum tunai
Oleh: PentadbirFebruary 06, 2021
Share
SAAT ini 90% manifesto PAS belum lagi terlaksana di Kelantan dan Terengganu antaranya:

Jika menang PRU14 di Terengganu akan laksana Hukum Hudud
Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera (Kelantan dan Terengganu)
Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar (Kelantan dan Terengganu)
Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri
Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas
Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan
Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah
Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan
WiFi percuma kepada rakyat Kelantan
Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan.
Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar (clamping) di mana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd.
Air paip yang bersih dan terawat (majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah ‘air tebuk’ / telaga tiub) semenjak tahun 2000) Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar DAN perlancongan, terutama sektor perhotelan & pelbagai Taman Tema untuk melabur di Kelantan
Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan hartanah di Kelantan
Tambatan Banjir Kota Bharu – sehingga kini masih belum dilaksanakan
Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan PAS
Pelabuhan Tok Bali
AFTA City di Rantau Panjang
Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat
Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian
Projek Agro Tourism di Pergau, Jeli
Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor
Pelabuhan Darat di Kuala Krai
Petrokimia City, di Bachok.
Eco – Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas
Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang – Kg. Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.
Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Di mana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2,471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003
Masjid Baru di Kampung Sireh.
Jambatan Baru Di Kampung Sireh.
Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota Bharu.
Tembatan Banjir di sepanjang Koridor Sungai Golok.
Lebuh Raya Rakyat, Machang – Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta tidak tahu kemana.
Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn Bhd.
Masjid Baru di Tok Bali
Pusat Keewangan Islam di Tok Bali.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk tempatan.
Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta.
Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013.
Kegagalan menangani hakisan pantai di Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).
MPKB – BRI dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.
Kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan 5,000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.
Projek Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Lojing.
Kegagalan kerajaan negeri mengekalkan pelbagai kilang asing supaya kekal di Kelantan. Akibat kekurangan pelbagai kemajuan infrastruktur serta insentif menarik daripada kerajaan negeri dan dasar tidak mesra pelabur parti Pas.
Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke pelbagai negeri lain. 20,000 pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut.

Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati.
Projek pembangunan Lundang.
Projek Pembangunan Wakaf Mek Zainab.
Projek Bandar

Anonymous said...

PH sekadar meratib

Anonymous said...

layan PH x kemana

Sani said...

Bro..jgn jadi barua politik..jadi penunggang agama..memang sesuai utk org macam kau..kesian

Anonymous said...

jd penunggang babi

Anonymous said...

Yg komen dari ph tu macam non muslim jer.

Anonymous said...

Akibat terbiasa kapirkan org..

Anonymous said...

Biasalah ph.

zack said...

Yg sokong pee h ni otak senak,bodoh..adakah patut komunis jaga askar termasuk askar melayu?
Entah dah bnyak mna rahsiavnegara dan ketenteraan bocor,pm singapura lgi patriotik tak percaya kat melayu..mna ada org melayu dibenar pegang kuasa tertinggi apatah lagi dlm soal keselamatan negara!

zack said...

Yg sokong pee h ni otak senak,bodoh..adakah patut komunis jaga askar termasuk askar melayu?
Entah dah bnyak mna rahsiavnegara dan ketenteraan bocor,pm singapura lgi patriotik tak percaya kat melayu..mna ada org melayu dibenar pegang kuasa tertinggi apatah lagi dlm soal keselamatan negara!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails