Wednesday, February 10, 2021

PSR: Satu retorik yang diada-adakan

 

PSR: TKM dan CEO PIC Pulau Pinang dibidas

GEORGE TOWN: Pertumbuhan ekonomi sepertimana dicanang daripada projek mega Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) oleh pihak berkepentingan di negeri ini adalah satu retorik yang diada-adakan.

Pengerusi Lestari Khazanah Alam Sekitar (LEKAS), Zikrullah Ismail membidas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang menyatakan projek itu akan dimulakan Mac ini.

Malah, beliau membidas Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd (PIC), Dato’ Seri Farizan Darus yang turut mengangkat keyakinan kejayaan ekonomi bakal diraih menerusi PSR.

Tegas Zikrullah, Dato’ Ir Zakiyuddin dan Dato’ Seri Farizan seharusnya bersikap telus tanpa konflik kepentingan peribadi, kedudukan atau politik selain kebijaksanaan dan latar belakang profesional mereka.

Menurutnya, menerusi kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) pada 25 Jun 2019 jelas bahawa PSR akan menyebabkan kemusnahan kekal dan kesan sampingan yang berupa impak negatif.

“Iaitu ke atas ekosistem dataran lumpur (muflat), fishing ground, kawasan pendaratan penyu dan sebahagian terumbu karang di Pulau Rimau yang merupakan ekosistem penting perikanan.

“Jadi kemusnahan ini akan signifikan kepada sumber perikanan, kepada nelayan dan juga kepada jaminan sumber bekalan makanan negara. Apa lagi bentuk pertumbuhan ekonomi kalau sumber makanan terjejas?” pertikainya.

Katanya, surat EIA tersebut sepatutnya sudah memadai untuk dua pemimpin itu memahami secara bijak dan profesional daripada mengelirukan orang ramai dengan ‘pertumbuhan ekonomi’ dicanang mereka.

Sedangkan ujar Zikrullah, jaminan sumber bekalan negara akan terjejas berdasarkan impak negatif sebagaimana dinyatakan dalam surat kelulusan EIA tersebut, serta menghilangkan hasil sedia diraih masa kini.

Beliau menunjukkan satu rakaman video tangkapan nelayan di sekitar Pulau Rimau dan Pulau Kendi yang mewah hasilnya, namun semua itu bakal lenyap apabila dilaksanakan tambakan tiga pulau PSR nanti.

“Apakah asas sehingga mereka yakin aktiviti tambakan laut selama 15 tahun hanya memberi impak minimum terhadap perikanan? Apakah ertinya kewujudan peluang pekerjaan berkaitan aktiviti penambakan laut ini sedangkan sumber perikanan terjejas?

“Apakah keutamaan antara jaminan sumber makanan dan peluang pekerjaan bukan bersifat ‘essential’ di era pandemik COVID-19?” lagi persoalan diterjah Zikrullah. 

Menurutnya, ketika negara luar semakin mengurangkan eksport dan memastikan kadar kecukupan makanan negara lebih terjamin, namun langkah diambil pihak kerajaan di sini dengan bertindak sebaliknya. 

Beliau seterusnya mempersoalkan sama ada CEO PIC itu tidak nampak bahawa jaminan makanan adalah keutamaan di era pandemik dan sama ada pandangan beliau itu berdasarkan kepentingan peribadi demi menjaga posisinya.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff dalam pada itu turut mempersoalkan kenyataan Dato’ Ir Zakiyuddin bahawa kerja tambakan PSR akan bermula Mac ini sebagaimana lapor sebuah portal.

Beliau mempersoalkan sama ada kelulusan berkaitan termasuk juga dari Majlis Perancangan Fizikal Negara telah diperolehi, namun menyifatkan kenyataan tersebut jelas satu propaganda dan seperti lawan serta mimpi.

“Demi mencapai kemahuan mereka, sehingga sanggup paksa rakyat terima. Terdesak sungguh mereka ini. Tak tahulah bahasa apa nak kata, barangkali ini rupanya profesionalisma mereka jaja,” bidasnya. – HARAKAHDAILY 8/2/2021

Hibur Hibur Sikit

Album 1 

6 comments:

Kau betul aku salah said...

Kjaan pp x terdesak. Lebai dan walaun yg terdesak skrg ni..90% manifesto lebai x jalann lagi nih apa cerita? Bila nk bentang ruu355? Takkan senyap terus lps jadi kjaan? Dulu sbb blm jadi kjaan ade alasan lagi..skrg? Kat kelantan dh jd kjaan pn x jalan juga?

Anonymous said...

PAN yg terdesak

Anonymous said...

Pasai tak attack dap. Dok attack orng melayu jer.

Anonymous said...

Dok attack melayu penjual dan penunggang agama..

Anonymous said...

Pasal DAP taja PAN

Anonymous said...

Bila dah tak faham agama,meracau puak2 khadam. Mula lah kata tonggang agama. Alasan utk tidak mengatakan diri itu jahil agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails