Thursday, February 11, 2021

30 tahun politik PAS K'tan tanpa rasuah. P.Pinang?

 

Apa Kelantan sumbang di bawah PAS begitu lama?

KUALA LUMPUR: Dalam suasana isu rasuah masih bergema dalam kalangan masyarakat hari ini, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melontarkan pertanyaan ‘apa Kelantan sumbang di bawah PAS begitu lama?’.

Menerusi laman sosial Facebooknya pada Sabtu lepas, sebagai jawaban, beliau menyatakan bahawa 30 tahun politik PAS Kelantan tanpa rasuah.

“Ertinya, wang kerajaan sampai kepada rakyat sepenuhnya tanpa bocor di perjalanan oleh tangan-tangan politik yang jahat,” jelas beliau.

Menurutnya, jika rekod Kelantan itu ditukar menjadi rekod Malaysia, bayangkan bagaimana indahnya nama Malaysia di mata dunia.

Ironi, kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, mereka terus bersemburan air liur berkata, Kelantan gagal.

“Sedangkan modal utama politik mereka sejak 30 tahun ialah tolak rasuah, tolak kaki rasuah,” ujarnya lagi.

Di dalam posting selepas itu, beliau menulis berkaitan dengki dan dendam dengan memetik kata-kata Al Imam Ibnu Rajab.

Al Imam Ibnu Rajab berkata, “di antara dosa yang menghalang daripada mendapat keampunan Allah adalah al syahna’. Ia bermaksud sifat dengki seorang muslim terhadap saudaranya kerana kebencian terhadapnya disebabkan dorongan nafsu buruknya. Perbuatan dosa itu akan menghalangnya daripada mendapat keampunan Allah pada kebanyakan masa dan saat khas pengampunan dan rahmat daripada-Nya”.

Berhubung perkara itu, Nik Abduh menjelaskan dengki dan benci adalah sifat yang amat buruk dalam diri yang menghapuskan segala kebaikan.

Katanya, kebencian menghalang tuah terbesar dalam diri setiap muslim iaitu memperolehi rahmat dan keampunan Allah.

Tambahnya, dosa-dosa yang kekal tanpa pengampunan akan menjadi sebab kepada hati yang keras yang sukar menerima cahaya iman dan kebenaran.

Beliau berkata, akhlak yang terpuji adalah jaminan rahmat Allah yang berterusan kepada pemiliknya.

“Sentiasa mengintai saat dan masa di mana Allah menawarkan keampunan dan rahmat kepada hamba-Nya yang bertaqwa,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 9/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kini sudah ada model sifar rasuah di Kelantan, walaupun sebelumnya Kelantan pernah didera dan disekat dari arus pembangunan Kerajaan Pusat. Tiada lebuhraya yang wajar, royalti minyak dirampas, dan segala macam deraan lagi.

Namun pemimpin-pemimpinnya tetap hidup sederhana, memotong elaun mereka untuk kerajaan dan bersama rakyat, kerana mereka pilih untuk membangun bersama Islam. Rakyat Kelantan memilih PAS parti Islam, kerana mahu sistem perundangan Islam dilaksanakan di negeri mereka. Lihat manifesto pilihanraya PAS.

Tetapi halangan-halangan 'syaitan' tetap ada merintangi menuju jalan Allah dan perjuangan Islam. Kita ingin bertanya, mana kerajaan-kerajaan negeri lain di negara ini boleh buktikan model sifar rasuah seperti di Kelantan? Mereka jadi begitu kerana mereka ingin membangun bersama Islam.

DAP, sebelum memerintah negeri berdegar-dengar anti rasuahnya. Mana suara-suara itu sekarang? Mengapa hero-hero ultra anti rasuah yang dulu-dulu itu menghilang? Mana peguam-peguam hebat yang anti rasuah sekarang? 

Nampaknya, hanya dengan Islam sahaja, najis rasuah itu boleh dihindarkan dan model sifar rasuah boleh diwujudkan. 

Nampaknya negeri-negeri lain juga kena ikut macam Kelantan yang meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3). 

Nampaknya, bahkan kerajaan Pulau Pinang sekali pun, tidak salah kalau nak ikut Islam, kerana bekas Ketua Menterinya dulu ikut terpalit tuduhan rasuah yang tidak kecil, bahkan boleh jadi jutawan kalau tuduhan itu betul-betul berlaku.

Sekian.

12 comments:

Anonymous said...

Rakyat malaysia perlukan ahli politik seperti ini. Bersih, jujur dan amanah. Jika kepimpinannya bersih, rakyat pun bersih. Fikiran pun bersih. Tiadalah lagi rakyat yg suka buat fitnah.

Anonymous said...

KOH KOH KOH... cuba pok lebai ‘list’kan apakah kejayaan PAS mampu memerintah...

Yang rakyat tau, apa yang pok2 lebai dan walaun yang terbukti bodo terpekik terlolong bab isu2 semasa jadi pembangkang masih kekal tiada perubahan malah isu2 yang dikaitkan dulu makin bertambah la plak...

Contoh paling nyata ialah penambahan cabutan khas judi dari 8 cabutan semasa PH dulu ke 22 cabutan masa PN, Dong Zhong masih bertambah gah di mana sekolah vernakular akan ditambahbiak beberapa buah lagi... ‘terlepas dari mulut DAP, masuk ke dalam mulut MCA...

KOH KOH KOH... jilaker!!

Blom lagi berkenaan pakaian pramugari, tulisan jawi, kes kematian Adib dll, semuanya pok2 lebai dan walaun bodo yang sememangnya bodo buat diam, sunyi sepi ajer...

KOH KOH KOH... jilaker sekali lagi!!

Jadi di manakah bukti yang mengatakan PAS bole memerintah..?

avanza5990 said...

HARI TU AMBO TAK NGUDI TOK WAKIL HOK MENANG TU. NAMO GAPO TAU. KAWE TOK INGAT. TOK RAJIN JUPO KT BACHOK. KALU ADO CINO KAWE UNDI CINO. ORGHE SIAM PUN KALU ADO KAWE UNDI SIAM. JANJI DIA MAKANG RASUAH. ADO MAYBANK CIMB HABIS SEMO TUTUP DOH DI BACHOK. GAPO TOK WAKIL RAKYAT BUAT. BUAT BODOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO. BOH ATM KT STESEN PETRONAS TU PUN ROSOK SOKMO. BAIK UNDI CINA ATAU SIAM LA. ADO OTOK MIKIR SIKIT.

Anonymous said...

Pak Asim....bo la dok criter benda hok buat ore ngeleng palo....kalu kita kato demo bodor, demo maroh....

Anonymous said...

Negeri mundur dari sulu, mnde nk rasa rasuah nya, cuba dpt selangor atau johor, jahanam mkn rasuah halal.. bru dpt royalty sikit pon dh merz,lagi la klu perintah negeri maju.. Kah3

Anonymous said...

Ana tahu ana tahu, Abdoh, ente kan salah sorang ejen CIA amerika kan. ente yang ngaku sendiri dlm video Ana Tahu tuh, ana tak fitnoh ok.

Anonymous said...

Pandai makan pandai simpan tok lebai ni....sebab tu tak keluar berita...
Tak lama lagi Hj Hadi nak tafsir rasuah tu lagu mana....

Anonymous said...

Yang penting tidak rasuah. Sebab ph sangat menentang rasuah kononnya. Tapi mp ph dan kakitangannya kuat rasuah. Semburit pun sama.

Anonymous said...

Ko sindir assmin semburit ye..aku bgtau budak2 j-kom nanti.

Anonymous said...

Asamin anak didik abam. Sejarah yg tercatat. Ikut tabiat presiden. Eloklah cabut. Yg tinggal yg minat sama dengan tuan presiden.

Anonymous said...

Tp lebai jadian pas byk salah laku seksual..x termasuk liwat budak.
Bab sebar fitnah pun lebai pas handal2 jgk.

Anonymous said...

https://www.amenoworld.org/2021/02/dulu-pas-kecam-bantu-sekolah.html

dulu kerajaan dulu bg bantuan kutuk sekrg bleh plak hahaha HAMPASSS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails