Tuesday, February 09, 2021

Akta 355: Setakat manakah ia diusahakan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat?

 

RUU355: Saya setuju dengan Datuk Seri Saifuddin  -Ahmad Fadhli Shaari.  

SAYA sangat bersetuju dengan pertanyaan Datuk Seri Saifuddin Nasution berhubung Rang Undang-undang Akta 355 iaitu setakat manakah ia diusahakan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat. 

Pada saya, pertanyaan itu yang ditujukan kepada Ahli Parlimen PAS sangat ‘valid’ kerana ia sekali gus menunjukkan pengiktirafan beliau terhadap PAS sebagai parti yang bersungguh-sungguh bersuara ke arah pemerkasaan Undang-undang Syariah. 

Pertanyaan yang sama tidak kedengaran ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan kerana semua orang tahu PH bukanlah pakatan politik yang boleh diharapkan untuk mengusahakan perkara ini. Bahkan ketika menjadi kerajaan pun, ia bukanlah agenda beliau dan partinya kerana semua orang tahu agenda utama beliau dan partinya hanyalah memastikan individu tertentu menjadi Perdana Menteri. Itu sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.

Hanya yang saya agak pelik, apabila disebut bahawa, ‘Tiada desakan sekelumit pun di Parlimen oleh 18 Ahli-ahli Parlimen Parti Islam termasuk Marang,’ yang ini saya agak pelik. Kerana jika dibuat carian dengan mudah di laman Parlimen, boleh sahaja didapati di dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 26 November 2020 bahawa saya telah bangun bertanya kepada Perdana Menteri berhubung menyatakan usaha-usaha yang telah dijalankan setakat ini untuk memastikan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat dilaksanakan.

Soalan saya dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary secara terperinci menggariskan pelan bertindak kerajaan ke arah memastikan usaha menaiktaraf kuasa Mahkamah Syariah ini dapat dilaksana termasuklah melakukan perundingan pihak berkuasa negeri yang merupakan pemegang taruh dalam hal ehwal agama di negeri masing-masing. Ia juga boleh dirujuk dengan mudah di laman web Parlimen.

Saya faham kenapa beliau terlepas pandangan berhubung soalan saya dan jawapan kerajaan ini, kerana pada tarikh tersebut ialah 26 November 2020 iaitu hari pengundian Belanjawan 2021 yang menyaksikan hanya 13 orang Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk memohon undi belah bahagi. Barangkali pada sebelah pagi sebelum penggulungan Menteri Kewangan, pembangkang sedang bermesyuarat dengan hebatnya (meminjam istilah Ahli Parlimen Arau) sehingga terlupa bahawa persidangan Dewan Rakyat bermula jam 10 pagi setiap hari dengan soal jawab lisan. 

Menyatakan ‘langsung tiada usaha’ Ahli Parlimen PAS untuk bertanya mengenai RUU355 ini ialah satu tuduhan. Jika ia disengajakan, ia menjadi fitnah. Jika tidak disengajakan (kerana terlepas pandang mahupun tertidur), bolehlah diperbetulkan. Bertanya kepada pihak kerajaan apakah perkembangannya barangkali lebih tepat. Menyatakan kami Ahli Parlimen PAS sebagai langsung tidak bersuara sedikit kurang tepat Yang Berhormat Datuk Seri.

Dan ini bukan kali pertama Datuk Seri Saifuddin Nasution silap fakta mengenai Ahli Parlimen PAS. Ketika pembentangan Belanjawan pun, jawapan beliau di dalam ruang Facebook kepada soalan seorang pengguna Facebook berhubung kehadiran YB Marang, beliau menyatakan, ‘Tuan Guru Haji Hadi tiada dalam Dewan sekarang… tidak hadir,’ sedangkan YB Marang hadir ketika pembentangan Belanjawan tersebut. Itupun saya tidak pasti, fakta itu diperbetulkan atau tidak. Soalan kepada pihak kerajaan, biarlah kerajaan yang menjawabnya.

Sekian, terima kasih.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas – HARAKAHDAILY 8/2/2021

9 comments:

Anonymous said...

Yg dap bangkang sangat buat per. Ini hal org Islam.

Anonymous said...

Sekarang bukan Masa nak jawab apa yang saifudin Tanya, sekarang Masa Untuk laksananakan supaya lulus.. nak lulus bukan dekat harakahdaily ustaz, nak bentang, Bahas Dan luluskan di Parlimen .. kalau gantung parlimen pun ustaz xkata apa.. dah tersumbat duit dalam mulut ke?

Anonymous said...

Rakyat tetap percaya Pas bersih rasuah.

Burn.bp said...

Selagi, dalam manifesto PAS dalam PRU14 yang lalu....bakal laksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu!! Dah laksanakan ke belum?

Anonymous said...

Tp parti lebai jadian byk salah laku seks. Dlm geng lebai jadian pun dah ada kaki liwat..

Anonymous said...

parti Lebai Jadian tuu PAN

Anonymous said...

Yg penting bukan dari pas. Alhamdullillah pimpinan pas bersih. Yg bermasalah sudah pun lama jadi ahli pan pimpinan abg mat.

Anonymous said...

Kes nasharudin mat isa tu ko xtau ke?

Anonymous said...

Cuba kau cerite

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails