Wednesday, February 10, 2021

Sawit: Salah satu dari 4 penyumbang terbesar ekonomi di M'sia

 

Eksport sawit Malaysia terbaik sejak 2017 

KUALA LUMPUR: Eksport minyak sawit dan produk berkaitan meningkat 14.8 peratus kepada RM72.8 bilion pada 2020, berbanding RM63.73 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata nilai eksport itu juga adalah yang tertinggi pernah dicatatkan sejak 2017 iaitu RM77.9 bilion.

"Status industri sawit sebagai salah satu daripada empat penyumbang terbesar ekonomi di Malaysia selama 15 hingga 18 tahun kebelakangan ini membuktikan bahawa industri minyak sawit sangat penting kepada negara kecil yang membangun seperti Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Sawit Anugerah Tuhan secara maya, hari ini.

Pada majlis itu Mohd Khairuddin turut memperkenalkan laman sesawang  www.sawit.com.my kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai minyak sawit Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kempen bertujuan memberi kesedaran selain menyemai perasaan bangga dan penghargaan ke atas sumbangan besar minyak sawit kepada negara selama ini.

Katanya, diterajui oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), kempen akan menumpukan peranan minyak sawit dalam pembangunan sosioekonomi, pemakanan, kesihatan dan farmaseutikal, pemuliharaan alam sekitar serta industri makanan dan bukan makanan.

"Sememangnya 'Sawit Anugerah Tuhan', ia memberi manfaat bukan hanya kepada manusia malah juga haiwan.

"Daripada akar sehingga ke pucuk, daripada batang pokok hingga ke pelepah dan juga daun, pada buah termasuk isi dan sabut, semuanya memberi manfaat kepada manusia dan haiwan pada pemakanannya, malah juga pada kesihatan dan farmaseutikal," katanya.

Beliau menambah, menerusi kempen itu, pelbagai aktiviti promosi yang menggalakkan pembabitan semua lapisan masyarakat Malaysia serta menggabungkan elemen pendidikan, tarikan visual, nilai estetik serta penggunaan media sosial akan dilaksanakan sehingga ke penghujung 2021.

Katanya, peranan industri sawit bukan hanya menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat, tetapi salah satu penyumbang pendapatan utama negara.

"Industri sawit juga memainkan peranan yang penting dalam menangani situasi pandemik yang dihadapi negara pada ketika ini.

Sabun dan pencuci yang juga antara medium terpenting sebagai pembasmi virus COVID-19 adalah diperbuat dari minyak sawit.

"Bahan asas alkohol pembersih tangan yang digunakan secara meluas untuk menghapuskan virus itu juga boleh dihasilkan dengan minyak sawit.

"Secara tidak langsung, penggunaan produk berasaskan sawit juga membuka peluang perniagaan kepada pengusaha farmaseutikal pada waktu yang mencabar ini," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah,  'Sawit Anugerah Tuhan', dan kita perolehi menteri yang kreatif. Bukan macam menteri PH yang perintah 22 bulan, akhirnya ghuyub. 

Menteri yang tak kreatif dan tak cerdik, nak lepaskan diri sendiri saja, tak fikir soal rakyat miskin dan menderita.  

Nak tebang sawit tanam buluh.. bahlol, kepala otak letak di lutut ke? He he he..

Hibur Hibur Sikit

Album 1 

13 comments:

Anonymous said...

Ramai Lebai PAS kaki fitnah!

Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengetepikan taksiran ganti rugi RM50,000 untuk kes saman fitnah Husam Musa terhadap bekas pengetua sekolah agama di Kelantan, Masri Che Yusoff, dan menetapkan nilai lebih tinggi.

Peguam Husam, Faiz Fadzil berkata mahkamah menetapkan nilai ganti rugi baru sebanyak RM150,000, dengan kos RM5,000

Kau betul aku salah said...

Hehehe..seronok baca blog ibnu..banyak cerita kelakar

avanza5990 said...

Hehehe..seronok baca blog ibnu..banyak cerita kelakar

betul dan setuju. penceramah pas best ceramah pandai buat kelakar sama dgn ibni ni. kelakar sgt2 tak ngantuk dgr ceramah pas. sawit bulih buat ais krim sawit. dapnyeeeeeeeeeee jual kt tanah arab. duta kita hebat.

Anonymous said...

PM yg paling licik..yg telah membuat anwar gila nombor dan Atok yg hilang jawatan PM..walaupun parti kecik ahli parlimen tak banyak masih jekal sebagai PM hahaha..memang belut la muidin salute lu la..sembab pun sembab la

Anonymous said...

Jangan bangga melambung, jangan Ingat semua orang boleh dibodohkan.. jangan bangga eksport sawit dapat RM72 billion sedangkan pada Masa sama sekarang minyak sawit botol yang rakyat Malaysia Guna harganya antara RM25-RM27 bagi 5kg sedangkan pada bulan Feb 2020 sebelum kerajaan ditebuk atap harganya antara RM16-RM21 .. bijak sangat eksport sawit tapi rakyat kena bayar Mahal.. memang samdol

Anonymous said...

Penyumbang ke empat terbesar. Banyak tu. Biar eksport sawit, jangan eksport babi. Business babi adalah rakan2 pan dan pkr. Boleh tanya pada yg banyak nombor.

Anonymous said...

Mmg nombor cabutan bertuah dh up skrg smenjak KERAjaan Melayu Isle perintah

Anonymous said...

KERAjaan jual mimyak sawit untong bolion2, exPM mentri2 rembat bilion2, aku peneroka bagainak mampos kat ladang kena tanggong utang dgn felda / KERAjaan ratus ribu ,7 keturunan tak abis2 bayar. HARAMJADAH KELAPA BAPAK KAU KERA2 KERAjaan

Anonymous said...

Pemimpin parti keris berebut nak jawatan. Sebab jawatan adalah lubuk khazanah. Rosak khazanah melayu. Dan pemimpin parti liberal perosak aqidah.

Anonymous said...

Layan kehedak dap. Org islam tak masuk pun kedai judi. Tapi pan dan pkr tiada masalah ke kedai judi. Liberal, lagi pun khadam dap.

Anonymous said...

Ini bahasa sebaris bahasa derhaka. Murid presiden parti liwberal.

Kau betul aku salah said...

Pas yang tak bantah, dap jugak yg kena? Pernah tak terbaca walaun pas kata cabutan yg 22 kali tu boleh menjana pendapatan negara? Tu walaun pas ke PH? Kalau PH yg tgh perintah masa cabutan jadi 22x, mau roboh padang merbok dikerjakan walaun..takdirrr!

Kau betul aku salah said...

Suara liberal ke? Suara pas mana? Semua dah mati ke pejuang2 pas?rintihan peladang sawit ko kata derhaka?ko jadi apa? Main telo?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails