Tuesday, February 09, 2021

"Tiada sesiapa yang paksa kami" pilih dirotan depan ramai.

 

Petugas kesihatan merawat luka seorang lelaki Kristian selepas menerima hukuman sebat rotan di Banda, Acheh. - Foto AFP

2 lelaki Kristian dirotan di khalayak umum di Indonesia

BANDA, ACEH: Dua lelaki beragama Kristian dirotan di khalayak umum, di sini selepas didapati meminum arak dan berjudi.

Hukuman sedemikian dilakukan dua minggu selepas dua lelaki yang mengadakan hubungan seks antara sesama jantina, dirotan hampir 80 kali.

Kedua-dua tertuduh, masing-masing dirotan 40 kali di bahagian belakang badan oleh pegawai syariah.

Seorang tertuduh, dikenali sebagai JF memilih hukuman rotan di khalayak umum bagi mengelak daripada dikenakan pendakwaan jenayah yang berkemungkinan mengundang risiko ditempatkan di penjara untuk tempoh sehingga enam bulan.

"Polis syariah beri kami pilihan dan kami buat keputusan untuk mematuhi perundangan kes jenayah Islam.

"Tiada sesiapa yang paksa kami untuk pilih hukuman ini," katanya.

Aceh ialah satu-satunya wilayah di dunia ini yang negaranya didiami majoriti penduduk Muslim dan menguatkuasakan perundangan Islam.

Individu bukan Muslim yang melakukan kesalahan, sama ada melanggar perundangan negara atau agama mempunyai pilihan untuk dihukum mengikut mana-mana sistem.

Insiden yang menyaksikan individu bukan Muslim, dirotan di khalayak umum jarang berlaku di Aceh, namun hukuman sedemikian sejak kebelakangan ini menjadi kelaziman, khususnya bagi kes berjudi dan menjual arak.

Dua lelaki Kristian itu ialah antara tujuh individu yang setakat ini dirotan di khalayak umum.

Lima lagi individu yang menerima hukuman sedemikian ialah Muslim, selepas disabit bersalah kerana berzina dan meminum arak.

Kumpulan hak asasi manusia sehingga kini menyelar bentuk hukuman rotan di khalayak umum, dengan menyifatkan ia sebagai kejam, malah Presiden Indonesia, Joko Widodo sudah mengeluarkan arahan supaya pendekatan sedemikian dihentikan. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada 6 perkara yang perlu dibetulkan dalam kenyataan di atas:

(i) Kenyataan "Aceh ialah satu-satunya wilayah di dunia ini yang negaranya didiami majoriti penduduk Muslim dan menguatkuasakan perundangan Islam." 

Cetek sangat pemikiran penulis di atas. Yang betulnya, 'bukan satu-satunya'. Contohnya, lihat Saudi Arabia, Brunei dan beberapa lagi di Afrika, yang melaksanakan sistem perundangan Islam..

(ii) "Kumpulan hak asasi manusia sehingga kini menyelar bentuk hukuman rotan di khalayak umum, dengan menyifatkan ia sebagai kejam." 

Kalau kejam mengapa 2 penganut Kristian itu dengan sendirinya memilih hukum sebat cara Islam?

(iii) "..malah Presiden Indonesia, Joko Widodo sudah mengeluarkan arahan supaya pendekatan sedemikian dihentikan."

Mengapa peraturan yang tidak dikehendaki Presiden Indonesia itu masih berlaku di Aceh, Indonesia? Mengapa, tentu ada sesuatu fakta yang diselewengkan?

(iv) Walauapa pun, Presiden Indonesia Joko Widodo lebih hebat dari Perdana Menteri Malaysia Tun M waktu itu kerana Indonesia membenarkan Aceh melaksanakan perundangan Islam 'sebat' di Aceh, berbanding di Malaysia sewaktu PAS merampas kembali Kelantan dari BN, dan rakyat Kelantan memilih sistem perundangan Islam dalam PRU, tetapi ditolak oleh Tun M selaku PM kerajaan Pusat..

(v) Orang Islam mesti memilih... sistem perundangannya sendiri. Kalau ada orang Islam memilih carahidup bukan Islam, bererti 'kepala otak'nya sudah dijajah oleh unsur-unsur bukan Islam.

(vi) Contohnya, di Malaysia masih ada orang Melayu yang .kepala otaknya DAP atau parti yang bukan Islam.

Sekian.

4 comments:

Anonymous said...

ishh ish ishh... saje chek amik kopi pes dari laman otai blog reformasi... ishh ish ishh

mati lah legacy kau kali ini...

ISTIHAR MAHATHIR MUSUH NO SATU, KEDUA PN MUSUH NOMBOR WAHID NEGARA.

Ikut amalan di negara ini, sesebuah kerajaan yang sedang berkuasa hanya boleh dijatuhkan dengan dua cara, iaitu:

1. Melalui Parlimen (Undi tidak percaya/undi percaya)

2. Akuan Bersumpah (SD) dari Ahli-Ahli Parlimen.

Siapa ada bukti dan fakta bahawa kedua-dua di atas pernah terjadi sewaktu Mahathir menjawat jawatan PM di bawah kerajaan PH? Kompom tiada. Ertinya, kerajaan PH tidak dijatuhkan melalui dua cara di atas.

Tapi, mengapa kerajaan PH itu jatuh?

Terdapat pembelot dan pengkhianat di dalam PH itu sendiri.. Namun, mereka tidak pernah berjaya rampas kerajaan PH walaupun cita-cita mereka telah lama untuk berbuat demikian.

Bila mereka berjaya?

Apabila bapak segala pengkhianat, Mahathir secara sukarela, bersendirian, berahsia tanpa diketahui oleh Majlis Presiden PH, telah meletakkan jawatan tanpa menyerahkan kepada yang dijanjikan iaitu Anwar Ibrahim, atau paling tidak pun diserahkan kepada Timbalannya Kak Wan. Perletakan jawatan dengan niat jahat iaitu untuk menghancurkan PH.

#silagadohdantepok

Anonymous said...

Manusia merancang, Tuhan juga merancang. Nasib baik abam tak jadi pm.

Anonymous said...

Akhir zaman nanti (sekarang), manusia akan (sedang) dipimpin oleh orang2 bodoh. Orang2 bodoh itu berilmu lagi mengetahui segala hukum hakam agama dan dunia TETAPI SENGAJA MELANGGAR segala hukum agama dan undang2 demi memenuhi hawa nafsu serakah kemanusiaannya.

Sampai bila?

Sampai munculnya IMAM MAHDI yg akan mengembalikan Kekuasaan ISLAM memerintah DUNIA bergandingan dgn NABI ISA ALAIHISSALAM.

Selama tempoh kemunculan itu, umat / pemimpin / rakyat / negara akan terus mengalami kerusakan demi kerusakan PASTI terus berlaku walau mengatas namakan ISLAM SEKALIPUN!!!

Inilah ZAMAN PEMERINTAHAN DIKTATOR ( MULKAN JABBAARIAN )

#jaga2

Anonymous said...

Era Mulkan Jabarriyan telah membawa bersamanya satu identiti unik yang berpegang pada falsafah pengasingan agama daripada kehidupan duniawi manusia, iaitu yang lebih dikenali sebagai sistem SEKULAR. Sistem sekular ini hakikatnya pernah diamalkan oleh masyarakat Romawi pagan atau jahiliyah pada zaman pemerintahan kaisar-kaisar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails