Thursday, February 11, 2021

Isu tawaran rasuah: 5 pertanyaan untuk Salahuddin -Dr Kamarul Zaman

 

SETELAH ditekan, Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini memaklumkan beliau ‘tidak kisah untuk membuat laporan’ kepada SPRM mengenai tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging. Laporan yang mengikut beliau akan dibuat ‘mungkin minggu depan selepas sambutan Tahun Baharu Cina’ ini, kata beliau, menunjukkan beliau ‘memandang serius berhubung perkara ini’.

Pada masa sama, Salahuddin menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menubuhkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu kartel daging ini. Kata Salahuddin, pihaknya sendiri sedia bekerjasama melalui RCI itu kerana ia didakwa penting berikutan membabitkan kepentingan pengguna khususnya umat Islam di negara ini.

Kita ada lima soalan kepada Salahuddin:

(1) Jika Salahuddin benar-benar memandang serius berhubung isu tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging mengapakah beliau tidak berani menamakan secara terbuka pihak yang beliau dakwa membuat tawaran rasuah kepada beliau yang, mengikut New Straits Times pada 9 Februari 2021, ialah ‘wakil-wakil (representatives)’ daripada sebuah syarikat yang menguasai sekurang-kurangnya 4 daripada 7 loji penyembelihan di India yang mengeksport daging beku ke Malaysia secara monopoli?

(2) Jika Salahuddin benar-benar memandang serius berhubung isu tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging mengapakah beliau hanya mendedahkannya pada 9 Februari 2021 setelah tidak lagi menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sedangkan beliau sendiri menyebut tawaran rasuah ini dibuat pada tahun 2018 lagi, iaitu setelah beberapa bulan beliau dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan sedangkan beliau sendiri telah mengenal pasti identiti penawar rasuah ini?

(3) Tidakkah jika Salahuddin terus melaporkan tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging ini kepada SPRM masalah monopoli loji penyembelihan di India yang mengeksport daging beku ke Malaysia oleh syarikat tersebut akan dapat diselesaikan dengan mudah dengan tindakan sewajarnya boleh terus diambil terhadap syarikat tersebut tetapi soalnya ialah mengapakah beliau tidak melaporkannya kepada SPRM sekali gus menyebabkan masalah monopoli loji penyembelihan sukar diselesaikan?

(4) Mengapakah baru sekarang Salahuddin menggesa kerajaan menubuhkan RCI berhubung isu kartel daging sedangkan beliau menyedari masalah monopoli loji penyembelihan malah membayangkan sesuatu tidak kena berlaku bila menyebut beliau tertanya-tanya siapa yang ‘menjaga’ pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membuat lawatan ke loji penyembelihan di luar negara?

(5) Betulkah Salahuddin mahu melaporkan tawaran rasuah kepadanya oleh kartel daging ini kepada SPRM disebabkan beliau ‘memandang serius berhubung perkara ini’ ataukah kerana hanya baru sekarang beliau sedar jika beliau gagal melaporkannya maka beliau boleh didakwa di mahkamah dan jika disabitkan bersalah beliau boleh hilang jawatan MP dan ADUN-nya kerana hukuman yang boleh dikenakan adalah denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 11/2/2021

22 comments:

Anonymous said...

Hello prof kangkong ajak debatlah dgn Salahuddin melalui sinar harian baru anak jantan
buat live....ada bran?

Anonymous said...

Gi SPRM jer

Poor Indon said...

Pakatan Hancing memang Tau cakap jer. Action ZERO macam Anowar Braham jugak. Penakut nak mampos

Anonymous said...

Salah ini masa jd HERO

Unknown said...

Nak jadi ahli akademik atau politaikus

Anonymous said...

Bende2 halal haram ni bukannya boleh dibuat main2, jadi bahan politik Din oiiii!

Kenapa lambat sangat nak lapur polis! Takut2 nanti dapat gelombang keempat COVID pula!!! Kah..kah..kah..

Anonymous said...

UK Virus Variant ‘Likely To Sweep The World’, Warns Scientist!

Hati2!

Anonymous said...

Itu baru yg ditawar. Yg dah songlap macam mana? Yg dap bagi tak cukup. Maklumlah baru dapat jawatan menteri.

Anonymous said...

Baru 22 bulan perintah, dah ada bunga2 rasuah. Belum satu penggal lagi. Memang teghuk pakatan hancing. Bukan fitnah, tapi keluar dari mulut menteri. Tak cukup ker dengan duit yg dap bagi.

Anonymous said...

Ana tau ana tau.

Kau betul aku salah said...

Bangang..apehal yg memberi maklumat yg di persoalkan? Baiklah dipersoalkan siapa yg nak bagi rasuah..makin pelik dengan perangai walaun..org yg mendedahkan salahlaku pulak yg di curigai..semakin pelik malaysiaku ..lebih² lagi dengan adanya prof kangkung kaki kipas ni..

Anonymous said...

PAN panas ker?

Anonymous said...

Ada kuasa dulu ngapa tak dedah. Boleh dakwa yg nak beri. Tapi tak didedahkan pulak. Pelik betul cara fikir khadam. Udah buang tebiat sejak dapat upah haram dari dap.

Anonymous said...

Disebabkan prof kangkong ni suka sgt dgn PAN, apa kata debat dgn mana2 MP PAN? Setakat sembang kencang kat blakang pastu jumpa dpn2 dah tercirit mcm jumpa madey tu, baik tukar status jd walaun je.

Anonymous said...

x faedah

Anonymous said...

Sapa2 jumpa madey memang tercirit birit. Dah nyanyuk. Boleh tukar isu dalam lima ke enam saat. Tak terikut nyanyuknya. Tapi itulah pm yg dilantik oleh pan. Dah ikut nyanyuk pan.

Anonymous said...

Sekurang PH berPiem Ayok

Kau betul aku salah said...

Banyak lagi isu prof kangkung boleh dedah..apesal amik isu org yg dh x de kuasa? Klu betul salah, dakwa lah.Isu arwah adib, isu cabutan judi 22x, isu ruu355(idup lagi pejuangnya?), isu sokong bukan islam(mca) masa tg piai..baaaaanyakkkk lagi isu² penjual agama yg tak setel..amacam? Bila walaun bangang nk bising? Bila nk takbir lagi kat pdg merbok?bila?

Anonymous said...

Sekarang tak perlu takbir. Rakyt dapat bezakan liberal dengan islam. Agama yg ph bawa itu liberal. Tanya abg mat dan tok wan nuar. Lgbt boleh dgn liberal. Liberal dah kangkongkan penggikut nya. Reformasi x355.

Anonymous said...

Kalau dah rasa kuat dan hebat jom lah buat PRU setakat bising dlm blog mcm pondan

Kau betul aku salah said...

Owh..skrg x perlu takbir la ye sbb dah ade kuasa kan? Rakyat pn dh dapat beza..islam parti lebai dengan islam yg sebenar..sebab?tengok ustaz Ebit Liew pn dah cukup.. Islam tak perlukan parti lebai pun untuk tunjukkan keindahannya dan kehebatannya.

Nak tanya..ugama apa yh PH bawak? Tak pernah pulak dengar nama ugama libral..walaun geng parti lebai aje yg suka liberalkan orang..

Anonymous said...

Ibu Yati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails