Friday, February 12, 2021

Tun M nyatakan sesal lantik Tommy Thomas. Jelir lidah tu..

 

Lantikan Tommy Thomas kesilapan terbesar PH

5 FEBRUARI lalu Tun Dr Mahathir telah menyatakan penyesalan beliau kerana melantik Tommy Thomas yang kini dikatakan tidak profesional sebagai Peguam Negara. Kata Tun Dr Mahathir, ‘I thought that Tommy Thomas would become a good professional AG’, ‘at that time I thought that it would be a new experience to have an AG who is professional, I thought he was’ dan ‘If I knew that this would happen I would have selected somebody else of course’.

Semalam Datuk Seri Anwar juga mengulas mengenai ketidakprofesionalan Tommy Thomas, di mana cara Tommy Thomas mengulas isu Peristiwa 13 Mei, iaitu ‘fishing for speculation to fulfil preconceived and potentially highly problematic conclusions’, dikatakan ‘not how we do law’, dan di mana ‘justifying the allegation (that Tun Razak was responsible for the May 13 Incident) by resorting to the cui bono principle’ dikatakan ‘will not stand up to scrutiny in a court of law’.

Sangat jarang sekali selepas tumbangnya Kerajaan PH pada 24 Februari 2020 untuk Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar seia sekata dalam mengulas mengenai individu atau peristiwa yang berkaitan dengan Kerajaan PH. Oleh itu bila kedua-dua mereka bersatu hati dalam mengondem Tommy Thomas, dan bila hanya pemimpin DAP seperti Dr Aziz Bari sahaja yang secara terbuka membela Tommy Thomas, maka lebih jelaslah kedudukan beliau.

Walaupun Tommy Thomas melepaskan sekian banyak pemimpin dan penyokong PH yang menghadapi pelbagai pertuduhan di mahkamah, tindak-tanduk Tommy Thomas sekarang yang menyelar keras PH sebagai sebuah kerajaan yang lemah, yang gagal, yang tidak mempunyai perancangan atau program untuk memerintah, yang tidak mempunyai ‘political will’ untuk membuat ‘reform’ yang melanggari manifestonya sendiri pastilah menghantui PH.

Malangnya, PH kini tidak boleh menyalahkan Tun Dr Mahathir atau mana-mana pihak lain ke atasnya sebaliknya PH hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, yang menyaksikan Lim Kit Siang sebagai paling teruja dengannya sehingga sanggup menelefon beliau pada jam 5:00 pagi semata-mata untuk mengucapkan tahniah kepada beliau, adalah antara kesilapan terbesar dan terawal PH.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara sebenarnya adalah antara perlanggaran terbesar dan terawal terhadap Manifesto PH di mana Janji 15 di dalam Manifesto PH terang-terang menyebut ‘Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan’ tetapi Tommy Thomas tetap juga dilantik sebagai Peguam Negara tanpa bangkangan oleh PH walaupun beliau bukan Ahli Parlimen.

PH, atau mana-mana pihak sekalipun, perlulah mengambil iktibar daripada kerosakan yang berlaku akibat lantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara ini dengan memastikan bahawa mana-mana individu yang hendak dilantik sebagai Peguam Negara hendaklah datang daripada seorang warganegara Malaysia yang beragama Islam selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi ‘Islam ialah agama bagi Persekutuan’.

Selaku penasihat Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong yang menghendaki Baginda ‘memeliharakan pada setiap masa agama Islam’, maka sudah sewajarnyalah jawatan Peguam Negara diisi oleh seorang yang beragama Islam.

Mengharapkan seorang yang bukan beragama Islam untuk membantu Yang di-Pertuan Agong ‘memeliharakan pada setiap masa agama Islam’ adalah satu kekarutan yang nyata, apatah lagi jika individu tersebut awal-awal lagi telah tidak menerima keakuran mahkamah kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah serta mahukan rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, Ateis atau Agnostic.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 10/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jelir lidah tu, lihat bercabang ke tidak?

6 comments:

Anonymous said...

Tak sabar nak tengok PANDAP melomoat

Anonymous said...

Meloncatlah nanti

Anonymous said...

Tunggu juga pandap hambur bahasa caci makian seperti lazim.

Unknown said...

He. He. Nanti barua PANDAP hujah semula PAS lantik tomy jadi peguam kes royalti minyak... He. He depa ingat kalau kita lantik peguam untuk kes kita peguam tu ada kuasa gugurkan kes kes lain, tentukan hakim, gubal undang undang...

Ha. Ha. Apa punya senaklah fikiran, benda mudah mcm tu pun depa tak boleh fikir

Anonymous said...

Parti keris kekal sebagai parti yg mana siapa pegang jawatan, bererti sudah jumpa lubok khazanah. Selagi ada wak sebagai presiden, ahmad bangla, dan ramai lagi pemimpin yg kaya raya sebaik pegang jawatan, selagi itu parti ini tidak memperjuangkan nasib orang melayu. 60 tahun yg sia2 bermula zaman atok kerala, punah khazanah dipunggah ke akaun peribadi. Cuba cari pemimpin parti keris yg tidak jutawan, takkan jumpa. Tidak ada perjuangan sebenarnya untuk orang melayu. Retorik semata mata.

Anonymous said...

Keris dah terpelanting

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails