Thursday, February 11, 2021

Kenyataan Biadab Netanyahu, Terus Rampas Bukit Golan.

 

Gambar fail menunjukkan kereta perisai Israel berkawal dekat Moshav Kidmat Tzvi di wilayah yang diceroboh regim Yahudi itu di Bukit Golan. - Foto AFP

Israel berikrar terus tuntut Bukit Golan - Netanyahu

BAITULMAQDIS: Israel berikrar akan terus menuntut wilayah Bukit Golan sebagai miliknya termasuk kawasan Palestin yang didudukinya secara haram.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hari ini menegaskan beliau tidak menghiraukan apa yang diperkatakan sekutu kuatnya itu dan akan terus mempertahankan Bukit Golan.

"Lihat, mereka (AS) mengatakan mereka sedang memerhatikannya tetapi saya sudah lama memerhati.

"Setahu saya, Bukit Golan akan kekal selamanya menjadi sebahagian daripada Israel, sebagai kawasan yang berdaulat.

"Apakah kita sekarang harus mengembalikannya kepada Syria? Membawa kembali Bukit Golan ke era pembunuhan beramai-ramai yang membahayakan," katanya.

Beliau berkata demikian membalas kenyataan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, yang meminta Israel menghentikan tuntutan mereka ke atas kawasan itu dan tidak lagi mengakui kononnya ia milik regim Yahudi itu.

Pada 2019, Presiden AS ketika itu, Donald Trump, berbeza pandangan dengan kuasa dunia lain dengan mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel.

Israel menduduki dataran tinggi strategik itu selepas perang 1967 dengan Syria dan menceroboh lebih banyak kawasan pada 1981.

Kelmarin, Blinken berkata beliau melihat kawalan ke atas Bukit Golan, yang menghadap utara Israel dan bersempadan dengan Lubnan serta Jordan, dari aspek keselamatan serantau.

Beliau turut mengakui bahawa kedudukan Israel di wilayah itu amat penting bagi keselamatannya tetapi tidak sampai mengiktiraf kawasan berkenaan sebagai milik regim Yahudi itu.

"Hak sempadan adalah isu perundangan, yang mungkin bertukar sekiranya berlaku perubahan di Syria dan ini perlu kita ambil kira, walaupun bukan buat masa sekarang," katanya dalam temu bual dengan CNN.

Syria sejak sekian lama menuntut Bukit Golan dikembalikan dan pendudukan Israel secara di kawasan itu tidak diperakui masyarakat antarabangsa.

Trump sebelum ini menandatangani pengiktirafan mengakui Bukit Golan sebagai milik Israel, yang mula mendudukinya pada 1981 walaupun dibantah masyarakat antarabangsa.

Syria menyifatkan keputusan Trump pada masa itu sebagai 'pelanggaran secara terang-terangan' terhadap kedaulatannya.

Israel secara teknikal masih berperang dengan Syria dan dipisahkan oleh perbatasan Bukit Golan, yang dijajah Israel sejak berakhirnya Perang Enam Hari pada 1967. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah kenyataan biadab Netanyahu, yang terus rampas Bukit Golan. Mari kita teliti ringkas kronologi pembentukan negara haram Israel..

1882 – 1904 Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin

1897 Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan.

2 November 1917 Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin.

9 Disember 1918 Tentera British menjajah Palestin.

24 April 1920 Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin.

1936-1939 Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan.

29 November 1947 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melalui Jawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin.

9 April 1948 Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan Baitul Maqdis. Rumah – rumah kediaman dimusnahkan. England hanya menutup mata!

14 Mei 1948 Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram israel

1949 Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalam keadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin.

5 Jun 1967 Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka.

LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN
SEJAK TAHUN 1948!

Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails