Friday, February 12, 2021

Khitan: SIS jangan cuba kelirukan masyarakat -Ustazah Asmak Husin

 

KUALA LUMPUR: Sisters In Islam (SIS) sekali lagi cuba mengelirukan masyarakat dengan menyamaratakan istilah ‘khitan wanita’ atau female genital mutilation (FGM).

Senator Ustazah Asmak Husin menegaskan Fatwa Muzakarah Kebangsaan sejak tahun 2009 telah memutuskan bahawa amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.

Katanya, fatwa itu juga menjelaskan umat Islam juga amat mementingkan keselamatan umatnya dan memberikan kelonggaran sekiranya sesuatu amalan atau perbuatan itu boleh mendatangkan kemudharatan pada diri.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan jumhur ulamak, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib.

Menurut beliau walau bagaimanapun, sekiranya ia boleh membawa kemudharatan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

Beliau yang juga AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia memberi peringatan kepada SIS jangan sesekali memetik pandangan secara serpihan tanpa mengambil kira perbincangan menyeluruh untuk menyokong hujah dan pendirian SIS yang secara nyata telah menolak khitan wanita tanpa mengira hukum, istilah dan amalan dalam masyarakat Melayu Islam secara komprehensif.

Tegas beliau, jujurlah dalam penyelidikan dan kajian sekiranya benar-benar ingin membawa nama dan memperjuangkan Islam.

“Sebagaimana disebut dalam fatwa, kita tidak pernah mengabaikan isu kemudaratan dan kebajikan serta hak asasi kanak-kanak.

“Advokasi kami jelas, khitan wanita dibenarkan tetapi perlukan sokongan seperti latihan, garis panduan, kawalan daripada pihak berkuasa untuk memastikan ia dijalankan dengan prosedur yang tidak memudaratkan dan mengikut kaedah syarak. Perbezaan yang jelas antara kami dan SIS,” tegasnya.

Pengurus Program untuk Advokasi, Perkhidmatan Undang-Undang dan Penyelidikan Sisters in Islam dalam forum ‘Seminar Sunat Perempuan: Mengenal dan #Pikirbalik Amalan Turun-Temurun’, Shareena Sheriff mendakwa khitan perempuan adalah satu pelanggaran hak asasi, kesihatan dan integriti kanak-kanak perempuan dan wanita.

Dalam kenyataan tersebut beliau mewakili SIS mencadangkan supaya khitan perempuan dihapuskan menjelang tahun 2030. – HARAKAHDAILY 10/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini 'khitan dalam Islam'.


AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 419 (31 OKTOBER 2016 M / 30 MUHARRAM 1438 H)

SOALAN:

Assalamualaikum admin. Saya ingin bertanya, apakah hukum berkhatan bagi kanak-kanak perempuan, kerana viral baru-baru ini bahawa khatan wanita tidak wajib, bahkan tidak disyariatkan di dalam Islam?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Perbuatan berkhatan bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian masyarakat termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala. Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini berlaku dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah. Allah berfirman di dalam al-Quran:

ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.

Surah al-Nahl, (16:123)

Telah sabit daripada hadis bahawa Nabi Ibrahim melaksanakan khatan seperti mana yang diarahkan oleh Allah. Daripada Abu Hurairah SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالقَدُّومِ
Maksudnya: Nabi Ibrahim AS berkhatan menggunakan qaddum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 3356) dan Imam Muslim (no. 2370) dalam al-Sahihain.

Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
Maksudnya: Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.

Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).

Hadis ini menunjukkan bahawa wanita juga berkhatan, dan bukan sahaja lelaki. Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie. Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada menyebutkan suatu wajah (pendapat) dalam mazhab Syafie bahawa hukumnya sunat ke atas wanita, tetap pendapat ini dianggap syadz (ganjil).
Imam Ahmad turut menyatakan kewajipannya tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat.

Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/300-301) oleh Imam al-Nawawi

Timbul isu dalam kalangan masyarakat bahawa khatan wanita mencacatkan anggota dan tafsiran bahawa khatan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam. Sebenarnya kami berpendapat isu ini berpunca daripada pengamalan budaya yang bukan Islam dan kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khatan yang melampau sehingga mencacatkan fungsi kemaluan wanita.

Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khatan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”[1]

Berkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Berkhatan itu disyariatkan, dan tidak ada pendapat yang boleh menidakkan perkara ini sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Yang penting adalah hendaklah ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Jika seorang wanita tidak melakukan khatan, tidak ada dosa ke atasnya kerana itu merupakan haknya dan satu bentuk penghormatan atas qaul yang rajih dan ianya bukanlah wajib dan tidak perlulah kamu mewajibkannya.” [2]

Tarjih dan Kaifiat berkhatan

Kami mentarjihkan pendapat bahawa wajib hukumnya berkhatan bagi lelaki dan perempuan. Adapun bahagian yang wajib untuk dibuang ketika berkhatan ialah:

  • Bagi lelaki, bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
  • Bagi perempuan, bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.
    Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation
    yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam. Ini berdalilkan hadis daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah bahawa perlaksanaan khatan berlaku dalam kalangan kaum perempuan di Madinah, lalu Rasulullah SAW berpesan kepada beliau:


لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ
Maksudnya: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.”

Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan (no. 5271). Beliau mendaifkannya. Ini dipersetujui oleh Syeikh Syuaib al-Arnaut, tetapi disahihkan oleh Syeikh al-Albani.

Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/301-302) oleh Imam al-Nawawi.

Begitulah cara mengkhatan lelaki dan wanita yang betul. Hendaklah dalam urusan ini kita bersikap adil, tidak cenderung kepada masyarakat yang menzalimi wanita dan tabiatnya, dan tidak pula cenderung kepada mereka yang memperlekehkan Syariat Islam dan pengamalannya.

Wallahua’lam.

Nota hujung:
[1] http://www.qaradawi.net/new/Articles-4379
[2] http://www.umatia.org/ftawa12.html

6 comments:

Unknown said...

Masa isu ni kecoh tahun 2018 lepas ramailah geng geng PH yang kata amalan khitan anak perempuan ni hanya tradisi orang melayu, ambe fikir punyalah senak fikiran diaorang ni nak menyatakan kununnya melayu ni bodo, walhal logiknya mudah je, kalau betul khitan anak pompuan ini amalan orang melayu semata mata takkanlah benda ni disebut dan di bincang oleh imam mazhab yg 4, depa ni melayu ke?

Ada satu mamat orang kuat PH dengan bangganya kata anak perempuan dia yg lahir kat dubai tak dikhitan sebab doktor kata dia tak boleh buat dan kat sana takde amalan tu, just dengan kejadian tu dia pun kata orang Arab sendiri pun tak khitan anak perempuan... He. He. Senak betul otak berdasarkan tu je maka boleh buat hujah khitan ni amalan karut org melayu...

Allah dah 3 minggu tak dapat solat Jumaat.... Tadi sampai masjid pukul 1.00 tapi dah tak bleh masuk

Anonymous said...

Arab pun ada yg liberal dan kufur sejak zaman nabi lg. Tak hairan jika sis dan pkr cenderung ke situ. Memang ada asas. Apakah kamu tidak berfikir.

Kau betul aku salah said...

Geng walaun ni mmng suka sangat mengkufur dan meliberalkan orang kan?

Kau betul aku salah said...

Geng walaun ni mmng suka sangat mengkufur dan meliberalkan orang kan?

Anonymous said...

Dulu Abam Sabu

Unknown said...

He eleh, salah ke dia cakap? Atau mmg takde orang Arab yg kufur dan liberal, semua Arab Islam dan soleh belaka? SIS dan pkr beriman dan soleh belaka ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails