Monday, October 29, 2018

Impian Anwar Jadi PM Berakhir? -Gambaran A. Kadir Jasin



Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

ADAKAH dakwaan kononnya 40 lagi Ahli Parlimen UMNO bakal menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan isyarat berakhirnya impian Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri? 

Sekiranya mengikut pandangan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, begitulah jangkaannya. Ahli Parlimen Ketereh itu menerusi hantaran dalam akaun Twitter beliau percaya kenyataan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A. Kadir Jasin itu memberi gambaran karier politik Anwar menuju pengakhirannya.

“Kenyataan terbaru sahabat saya DAKJ (A. Kadir) adalah bertujuan memberi isyarat kepada DSAI (Anwar) bahawa dengan ini, anggaplah `Game Over’ (tamat permainan) untuk Anwar,” kata beliau. 

Semalam, A. Kadir memberitahu media bahawa kira-kira 40 Ahli Parlimen UMNO akan mengikut jejak langkah Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan keluar parti dan menyertai Bersatu. Annuar dalam hantaran beliau di laman sosial itu juga turut mengusik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sama ada `kegembiraan’ Timbalan Presiden PKR itu melihat penyertaan Mustapa ke dalam Bersatu adalah isyarat akan mengikut jejak langkah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu. 

Lebih-lebih lagi, kata Annuar, sekiranya Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Rafizi Ramli. “MM (Mustapa) masuk Bersatu, AA (Azmin) pula yang gembira, pelikkan? Apakah Azmin juga merancang mahu sertai Bersatu kalau tewas kepada RR (Rafizi)? Menarik!” sindir beliau.  – UTUSAN ONLINE

4 comments:

Anonymous said...

Waima kalau 100 pun yangmelompat,janji tetap janji. Meskipun janji bukan kitab tapi manusia dipegang pada janji dan bukan pada katak yang melompat.

Anonymous said...

padan muka
matde pegang janji 0 silap besar la
anwar
matde nak kuasa untuk kumpoi pengaruh

Anonymous said...

Tiada musuh yang kekal. Itu yang menggusarkan hartawan lama hingga mengeluarkan kenyataan tanpa data. Hartawan lama sebenarnya sedar bahawa jumlah kerusi Pakatan Rakyat (Pas, PKR dan Dap) saja sudah mencukupi untuk ambil alih Putrajaya. Time to say goodbye to klepetokrasi lama.

Anonymous said...

Najib ada Tg Sharifuddin yg dok suap kan mulut dia ayat2 spt interview AlJazeera bila Pahlawan Bacul Bugis angkat bendera putih.

PM 7 pun ada Kadir Jasin yg dok menyuapkan dodoi2.

Kadir, Zahid Mat Ariff dan Abu Bakar Yahaya paling berkuasa di PMO. Semua Geng Perkasa dan TIBAI, bersarang dendam dikepala tak nak Anwar jadi PM8.

Satu lagi, PH mungkir janji?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails