Friday, November 02, 2018

Tutup Aurat Syarat Anjur Sukan Di K'tan. PH Bila Lagi?


SUKAN

KOTA BHARU: Syarat menutup aurat serta pemisahan lelaki dan perempuan merupakan kriteria utama dalam penganjuran sebarang temasya sukan di Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, langkah itu selaras dengan dasar kerajaan iaitu Membangun Bersama Islam (MBI).
Katanya, kerajaan tidak mengenakan tindakan tegas kepada atlet yang tidak mematuhi peraturan itu, sebaliknya menangguh kejohanan terbabit sehingga tuntutan agama dipatuhi.
"Kita meminta penganjur supaya mematuhi peraturan menutup aurat dalam aktiviti sukan.
"Kalau tidak patuhi sekalipun, kita minta aktiviti mereka ditangguh buat sementara waktu, sehingga syarat ini dipatuhi atlet," katanya selepas merasmikan Kejohanan Sukan IPTS Malaysia bagi Zon Timur 2018 di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di sini malam tadi.
Turut hadir Ketua Eksekutif KIAS, Prof Dr Abdul Aziz Mohd Zin dan Pengarah Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2018, Dr Linamalini Mat Nafi.
Kejohanan terbabit dianjurkan Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa) dengan kerjasama KIAS disertai 14 IPTS Kelantan, Terengganu dan Pahang. - HARAKAHDAILY 2/11/2018 
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk aurat dalam sukan
 L'iraniana Leila Ebrahimy Mojavery, prima a sin.,  al via di una batteria degli 800 ai Giochi asiatici in corso a Doha... nonostante la tuta sembri d'impaccio, Leila vincerà. Ap
L'iraniana Leila Ebrahimy Mojavery, prima a sin., al via di una batteria degli 800 ai Giochi asiatici in corso a Doha... nonostante la tuta sembri d'impaccio, Leila vincerà. Ap


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah! Tutup aurat menjadi syarat anjur sukan di Kelantan. Tahniah. Kita tunggu sikap PH pula, bila lagi? 

Jangan sampai jadi macam isteri PM yang beragama Islam, dilarang suaminya memakai tudung.. Bukan takat melarang laksanakan perintah agama, bahkan merenggut hak kebebasan individu sesaorang.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah.. tutup aurat memang wajib bagi orang Islam.. sesuai sungguhlah untuk kita buat di negeri yang mejoriti umat Islam seperti Kelantan, Trg, Kedah, Pahang, Perlis dll..

Ia sebenarnya arahan wajib agama.. kalau umat Islam faham semua orang kena tutup aurat maka tidak perlu lagi arahan supaya tutup aurat ketika bermain sukan.Bermain sukan pun bukan semua orang tengok.. kecuali yang minat sukan.

Bagaimana pula keadaan umat Islam mendedah aurat di khalayak awam?.. tak perlukah kerajaan menetapkan wajib?.. kerajaan Islam sepatutnya boleh buat kerana ia tuntutan wajib.. tapi kenapa tak perlu buat dan tak perlu war-warkan kerana ia memang tuntutan agama yang menetapkan tutup aurat wajib..sementara kewajiban tersebut hanya untuk orang Islam..

Berbalik kepada soal majoriti umat Islam.. apakah negara kita majoriti melebihi 90%?.. tidakk kita tak lepas tahap 70%.. maknanya setiap 10 orang di khalayak awam, orang Islam ada 6 orang.. orang bukan Islam ada 4 orang.. maka timbullah persoalan adakah kita nak suruh orang bukan Islam tutup aurat?.. maka saya berpendapat tidak adil kepada orang bukan Islam.. bukankah Islam itu adil lagi sejahtera.. membawa rahmat kepada sekelian alam.. dimana adilnya Islam kalau paksa orang bukan Islam?.. itukah amalan rasulullah?..

Oleh sebab itu.. saya berpandangan arahan kepada hanya umat Islam supaya menutup aurat adalah lebih adil.. sementara untuk orang bukan Islam mestilah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.. sekadar pandangan..





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails